Lihat sekeliling kita, tidak semua orang sebenarnya bertuah mendapatkan apa yang mereka mahukan. Jangan kata kemahuan kadangkala mereka juga tidak mendapatkan keperluan sehari-hari. Ada yang tiada tempat tinggal, ada yang tiada makanan dan ada juga yang tiada pakaian yang bersih.

Gambar Hiasan | Skitterphoto

Namun, tidak bermakna kita boleh memandang golongan itu dengan pandangan yang jelek. Mereka juga harus dilayan dengan baik tanpa diskriminasi dan itulah yang dilakukan oleh seorang anggota polis apabila dia meluangkan masa tengah harinya untuk makan di tepi jalan bersama dengan seorang gelandangan.

Gambar polis tersebut dan seorang wanita gelandangan telah tular di internet sehingga menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Media kemudian telah menemuramah pegawai tersebut untuk mengetahui lebih lanjut akan apa yang telah berlaku.

Menurut polis bernama Micael Rivers, dari North Carolina itu, dia sebenarnya secara kebetulan telah berjumpa dengan rakan jalanannya itu. Dia kemudian bertanya kepada wanita itu adakah dia sudah makan tengah hari dan wanita itu memberitahu dia belum makan. Rivers kemudian membeli makanan dan duduk bersama wanita itu supaya mereka boleh makan bersama. Mereka makan bersama sambil berbual.

Momen itu telah dilihat oleh seorang netizen, Cassie Lea Ppaker dan menurutnya momen manis itu patut dirakamkan. Dia kemudian mengambil gambar tersebut dan memuat naik ke internet.

Gambar tersebut tular dengan cepat sehingga Rivers sendiri terkejut apabila tahu tentang kejadian tersebut. Menurut pegawai polis itu lagi setelah berbual dengan wanita tersebut dia mengetahui bahawa wanita tersebut mempunyai seorang anak perempuan berusia 12 tahun. Kini, anaknya berada bersama dengan keluarga angkatnya dan menghidapi masalah hati. Dia harus menerima rawatan dan perlu tinggal dengan keluarga angkat. Suami kepada wanita itu juga seorang gelandangan dan mereka tidak memiliki kehidupan yang baik.

Mengetahui tentang hal itu, Rivers kemudian menyeru kepada orang ramai supaya memberikan perhatian kepada orang di sekeliling mereka dan melihat dunia daripada perspektif berbeza dan dunia pasti akan menjadi lebih baik. Tidak semua gelandangan adalah mereka yang malas tetapi mereka terpaksa melalui kehidupan seperti itu.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular