Ketika Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac dikuatkuasakan, rakyat Malaysia digalakkan untuk mengamalkan penjarakan sosial atau ‘social distancing’.

Tetapi ada yang terus berdegil menunjukkan sikap tidak hormat kepada peraturan dan langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh kerajaan demi melindungi diri daripada dijangkiti pandemik COVID-19. 

Sesetengah rakyat Malaysia dengan selamba terus-terusan makan di kedai dan melepak di kedai kopi manakala yang lain membuka gerai di tepi jalan serta ada pula yang pergi ke pasar secara santai tanpa melakukan apa-apa langkah pencegahan dan pelindungan daripada dijangkiti wabak.

We are Malaysians/Facebook

Namun, Sabah mahu menunjukkan contoh negeri terbaik di Malaysia tentang bagaimana warganya bertindak serta akur mematuhi arahan kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti mana yang telah ditetapkan.

We are Malaysians/Facebook

Rata-rata warga Sabah mematuhi seruan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang berkata, “Keadaan yang kini kita hadapi adalah berbeza dan sangat serius. Ketiadaan kawalan yang dilakukan telah menyebabkan penularan jangkitan terus berlaku.”

We are Malaysians/Facebook

We are Malaysians/Facebook

“Sebab itu kita perkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk memastikan orang ramai buka minda dan hati mereka bahawa ini bukan situasi main-main di mana mereka boleh duduk di kedai kopi dan meluangkan masa berborak berjam-jam,” tegasnya.

We are Malaysians/Facebook

We are Malaysians/Facebook

Maka, itulah yang dipatuhi rakyat Sabah kerana mereka tidak mahu pengisytiharan darurat yang dikawal oleh pasukan tentera berlaku kerana ia akan lebih menyusahkan pergerakan mereka kelak.

We are Malaysians/Facebook

We are Malaysians/Facebook

Melalui laman Facebook, We are Malaysians memuat naik gambar menunjukkan bagaimana jalan-jalan dan bandar di Sabah menjadi lengang pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

We are Malaysians/Facebook

We are Malaysians/Facebook

Setiap warga Sabah begitu mengambil berat antara satu sama lain dalam menjaga kesihatan mereka.

Kapsyen posting itu, “Syabas, Warga Sabah. Terima Kasih.”

Dan menunjukkan kesemua jalan di 13 bandar di Sabah bertukar sunyi sepi dan lengang seperti bandar hantu.

We are Malaysians/Facebook

Adalah digalakkan orang ramai mengamalkan penjarakan sosial dengan duduk sahaja di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

We are Malaysians/Facebook

Oleh itu dengan melakukan tindakan penjarakan sosial dengan tidak keluar dari rumah masing-masing, anda bukan sahaja mampu membendung diri sendiri daripada dijangkiti wabak, bahkan menyelamatkan ahli keluarga serta orang lain juga.

We are Malaysians/Facebook

Sikap warga Sabah ini wajar dijadikan teladan yang baik kerana mereka tidak mementingkan diri sendiri serta patuh kepada arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan demi menjaga keselamatan dan kesihatan antara satu sama lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular