Setakat 18 Mac, bilangan kumulatif untuk jangkitan COVID-19 di Malaysia mencecah sehingga 790 kes dan ia juga merupakan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

@KKMPutrajaya/Twitter

Namun nampaknya masih terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yang mengambil sikap endah tak endah dan bertindak keluar daripada rumah. Ada yang dilihat minum bersama rakan di kedai kopi, pergi ke pasar malam dan pelbagai lagi.

Bertindak balas terhadap situasi sebegitu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah memuat naik satu video pendek di laman Twitter.

@KKMPutrajaya/Twitter

“Setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi keselamatan diri dan keluarga”, katanya yang turut merayu agar orang ramai patuh akan arahan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan Perdana Menteri.

“Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil Perintah Kawalan Pergerakan ini secara serius. Duduk di rumah dan jangan keluar”, katanya lagi.

Menurutnya, negara mempunyai peluang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Justeru, semua pihak perlu bekerjasama dengan KKM dengan memainkan peranan masing-masing.

YouTube

“Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah”.

Oleh yang demikian, orang ramai di luar sana diharapkan agar dapat memberi kerjasama untuk menangani seterusnya mengawal penularan wabak ini. Jangan terus berdegil dan pentingkan diri sendiri ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular