Semua orang pasti akan merasai usia tua jika diizinkan berumur panjang. Semakin usia terus meningkat, semakin tidak berdaya diri akan berasa, walaupun setiap hari seorang itu mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Pak cik yang sudah tua ini mungkin berasa bosan berada di rumah dan teringin keluar bertemu rakan-rakannya dengan berjalan kaki ke kedai kopi berhampiran, walaupun fizikalnya sudah tidak berdaya tetapi mindanya masih kuat untuk berbuat demikian.

Digagahkan diri dengan kakinya yang longlai sambil bertongkatkan sebatang besi penyidai kain yang tidak lagi digunakan.

Mellisa Chan/Facebook

Kedai kopi itu tidaklah begitu jauh lokasinya, namun ia berada di seberang jalan yang memerlukannya untuk melintasinya. 

Bayangkan ibu bapa anda yang sudah tua dengan kakinya yang sudah tidak mampu melangkah dengan pantas tetapi tetap mahu melintas jalan raya yang sibuk dipenuhi kenderaan meluncur deras.

Mellisa Chan/Facebook

Sambil melangkah menuju ke seberang jalan, kaki pak cik ini yang lemah telah tersangkut ke dalam saliran longkang sehingga menyebabkan dia terduduk di atas pembahagi jalan yang menyukarkannya bangkit untuk meneruskan perjalanan.

Pasangan Mellisa dan Anthony yang kebetulan melalui jalan raya yang lokasinya terletak di Kota Kinabalu itu telah terlihat pak cik ini sedang terkial-kial mengeluarkan kakinya yang tersangkut ke dalam longkang ketika sedang melintas jalan yang sibuk, sehingga membuatkan diri mereka berasa tersangat bimbang.

Mellisa Chan/Facebook

Anthony telah memberhentikan kenderaannya di tepi jalan lalu memutuskan untuk membantu pak cik tua yang uzur ini bangkit dan melintas jalan serta bertanyakan keadaannya.

Setelah berjaya membantu dan memimpinnya melintas ke lokasi bersebelahan, pemuda ini telah bertanyakan arah tujuan pak cik itu dan dia memberitahu ingin bertemu rakan-rakan yang berada di kedai kopi berhampiran.

Mellisa Chan/Facebook

Spontan Anthony meminta pak cik ini untuk berdiri menunggunya di tepi jalan buat seketika, sementara Anthony membuat pusingan U dan menghantarnya ke kedai kopi itu.

Mellisa merakamkan video pak cik itu yang dibantu oleh mereka kerana situasi seperti ini mengingatkan diri sendiri kepada kedua orang tua mereka dan orang tua kita semua.

Mellisa Chan/Facebook

Betapa bimbangnya perasaan apabila melihat keselamatan ibu bapa kita sendiri yang sudah uzur serta tidak berdaya melangkahkan kakinya yang lemah ketika melintas ke seberang jalan raya yang dipenuhi kenderaan bertali arus.

Posting Mellisa dalam laman Facebook, “Hari ini kami sangat gembira kerana dapat membantu seorang pak cik tua. Kami terlihat kakinya telah tersangkut ke dalam saliran longkang dan dia terduduk ketika mahu melintas jalan lalu kami berpatah balik untuk membantunya bangkit dan memimpinnya menyeberang jalan sebelum menuju ke destinasinya…”

Mellisa Chan/Facebook

“Teman lelaki tanya pak cik itu mahu pergi ke mana dan dia memutuskan untuk memintanya menunggu seketika dan akan memandunya ke lokasi berhampiran menara Shell,” tulis Mellisa.

“Dalam kereta kami, pak cik itu berkata kadangkala dia berjalan seperti itu kerana mahu bertemu rakan-rakan lama atau keluar membeli-belah. Tetapi, kini kakinya sudah tidak berdaya dan sepanjang perjalanan itu, dia asyik berkata dirinya tidak berguna kerana sudah tua…”

Akhirnya, pak cik tua ini telah selamat dihantar ke destinasinya dan dia berterima kasih kepada pasangan Mellisa dan Anthony yang prihatin dan baik hati.

Mellisa Chan/Facebook

Mellisa berharap pak cik ini terus dikurniakan kesihatan yang baik serta mendoakan keselamatannya sentiasa terpelihara, tambahan lagi ketika waktu musim wabak ini, pak cik mesti duduk sahaja di rumah.

Tulisnya dalam posting itu, “Saya mendoakan agar seseorang yang terserempak dengannya akan terus membantu dia. Kerana kita semua mempunyai ibu bapa, dan kita juga mengharapkan seseorang yang lain mampu membantu ibu bapa kita yang sudah tua dengan cara ini.”

Mellisa Chan/Facebook

Semoga kita semua golongan muda mampu bersikap prihatin dan berbelas kasihan seperti ini. Anggap semua orang tua tidak kira bangsa seperti ibu bapa atau datuk dan nenek kita. Inilah sikap rakyat Malaysia yang sebenar!

Tonton video di bawah:

Mellisa Chan/Facebook

Mellisa Chan/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular