Pandemik COVID-19 yang kini menular ke seluruh dunia telah menjadikan Itali menjadi negara Eropah paling teruk terjejas apabila mencatatkan 35,713 kes jangkitan positif dengan 2,978 kematian setakat 19 Mac 2020.

Perintah berkurung terpaksa dikuatkuasakan oleh kerajaan Itali pada minggu lalu susulan wabak itu menjadi semakin serius membunuh lebih ramai rakyatnya.

Ekoran perlaksanaan perintah berkurung di Itali, seluruh rakyat tidak dibenarkan keluar dari rumah dan para pelancong juga tidak dibenarkan memasuki negara itu. 

Seluruh kawasan di Itali menjadi lengang, termasuk kawasan pelancongan terkenal Venice. Terusan Venice terkenal dengan airnya yang kotor, tetapi kini airnya kembali jernih selepas perintah berkurung itu dilaksanakan.

@ikaveri/Twitter

Di sebalik berita buruk Itali mencatatkan kematian tertinggi di Eropah akibat COVID-19, perlaksaaan perintah berkurung itu rupanya ada hikmah terhadap alam sekitar. 

Seorang pengguna Twitter bernama Kaveri @ikaveri memuat naik beberapa gambar menunjukkan Terusan Venice yang kini jernih dan dipenuhi ikan-ikan kecil serta menyebabkan angsa-angsa juga turut kembali.

Kapsyen Kaveri bersama gambar-gambar itu, “Kesan sampingan tidak dijangka akibat pandemik, air terusan Venice menjadi jernih buat pertama kali setelah selamanya keruh. Ikan-ikan jelas kelihatan, dan angsa juga telah kembali.”

@ikaveri/Twitter

Kelibat angsa yang berenang bebas dalam keadaan yang mendamaikan di Terusan Venice turut dirakam oleh Kaveri.

Muat naik gambar itu kemudiannya telah menjadi tular dengan mendapat perhatian hampir 1 juta netizen yang suka dengan lebih 280,000 retweet.

Walau bagaimanapun, Pejabat Datuk Bandar telah menafikan kehadiran ikan-ikan dan angsa adalah disebabkan peningkatan kualiti air di Terusan Venice.

@ikaveri/Twitter

Pejabat Datuk Bandar Venice berkata kepada CNN, kehadiran ikan-ikan kecil dan sesekali terdapat ikan dolphin juga adalah kerana kurangnya aliran trafik daripada bot-bot pelancong yang melalui terusan tersebut.

Oleh kerana tiadanya aktiviti pelancongan yang begitu sibuk, ini telah membuatkan tanah dan kelodak di dasar terusan kekal berada di bawah dan tidak bercampur aduk dengan air terusan yang biasanya akan menyebabkan air terusan menjadi keruh.

Namun apa sahaja yang diperkatakan secara teorinya, jelas kelihatan kualiti air di Terusan Venice telah menjadi bertambah baik selepas aktiviti pelancongan dihentikan akibat wabak, menunjukkan tangan-tangan manusia secara jelas telah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

@ikaveri/Twitter

Sebelum ini NASA mendedahkan kualiti udara di China menjadi bertambah baik selepas perintah berkurung akibat pandemik COVID-19 dikuatkuasakan yang memaksa kilang-kilang perindustrian menghentikan operasinya buat sementara.

Manusia perlu berfikir dengan duduk di rumah sepanjang perintah berkurung dilaksanakan, dunia juga inginkan masa untuk berehat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular