Bermula pada penghujung tahun lalu, dunia menyaksikan penularan wabak pneumonia Wuhan di China dan kini ia lebih dikenali sebagai COVID-19. Malangnya, virus terbabit telah pun merebak dan menjangkiti penduduk di seluruh dunia.

Jika anda atau keluarga mengalami selesema, pasti anda akan mula berasa bimbang dan tidak tahu cara untuk mengenalpasti jenis selesema berkenaan – adakah hanya sekadar selesema biasa ataupun gejala COVID-19 ini?

Gambar Hiasan/Pixabay

Sesetengah doktor telah mengkaji laporan daripada kes pneumonia Wuhan dan hasilnya menunjukkan bahawa terdapat dua perbezaan utama antara radang paru-paru Wuhan dengan selesema biasa.

Oleh kerana gejala COVID-19 ini adalah lebih kurang serupa dengan selesema biasa, Dr. Xie Zong menganalisis bahawa terdapat perbezaan ketara antara kedua-duanya tanpa sejarah perjalanan.

Berdasarkan pemerhatian daripada simptom klinikal semasa, perbezaan ketara antara keduanya adalah :

  1. Hidung tidak berair (almost no runny nose)
  2. Batuk tanpa kahak

Dr. Xie selaku pengarah Jabatan Kecemasan Kanak-kanak di Pusat Perubatan seterusnya menyatakan bahawa daripada segi gejala klinikal, COVID-19 adalah lebih kurang serupa dengan jangkitan mikroplasma.

Menerusi ‘Dr. E Pediatric Emergency Room Diary’ yang ditulis oleh Dr Xie, dia dan dua penyelidik yang lain pada 31 Januari telah menerbitkan laporan kes COVID-19 pertama di Amerika Syarikat pada New England Journal of Medicine.

Menurutnya, para penyelidik berkenaan mempersoalkan tentang pergantungan gejala klinikal untuk mengesyaki bahawa pesakit mungkin telah dijangkiti dengan COVID-19 tanpa sebarang sejarah perjalanan.

Namun ia sebenarnya tidak dapat dinilai ekoran gejala yang agak biasa. Adalah sukar untuk bergantung kepada faktor simptom sahaja untuk membezakan COVID-19 dengan virus selesema yang lain.

Gambar hiasan/Pixabay

Walau bagaimanapun, menurut analisis Dr Xie Zongxue tentang laporan kes dan kajian-kajian lain, ciri-ciri terbesar pneumonia Wuhan pada masa ini adalah bahawa ia mempunyai gejala hidung tanpa berair dan juga batuk kering tanpa kahak.

Menurut laporan darah, COVID-19 kelihatan seperti jangkitan virus influenza kerana pesakit lazimnya mempunyai sel darah putih yang rendah – jumlah limfosit dalam sel darah putih turut rendah.

Jika di bawah imbasan x-ray, COVID-19 ia adalah serupa dengan SARS ekoran gejala jangkitan tidak seperti plak unilateral dan radang paru-paru bakteria biasa. Namun ia lebih kepada infiltrasi kaca secara dua sisi, bahkan lebih dan serius daripada SARS.

Gambar Hiasan/Photo-AC

Mikroplasma secara ringkasnya adalah patogen antara bakteria dan virus. Ia disebarkan menerusi titisan air liur dan lazimnya berlaku ketika musim bunga, panas dan luruh, di mana ia cenderung memberi kesan kepada kanak-kanak 5 tahun hinggalah dewasa.

Jangkitan mikroplasma sering kali dikelirukan dengan selesema biasa. Pesakit akan mula berasa keletihan, sakit kepala, sakit tekak dan demam. Selepas 2-4 hari, batuk kering akan muncul dan ia boleh berlangsung sehingga beberapa minggu.

Namun kebanyakan pesakit tidak mempunyai gejala yang cukup serius untuk dimasukkan ke hospital. Justeru ia dikenali sebagai ‘pneumonia berjalan’ (walking pneumonia). Kini pandemik virus ini menjadi kebimbangan utama masyarakat dunia.

Beberapa negara juga telah membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan harapan agar ia mampu menangani penularan virus ini secepat mungkin sebelum ia lebih memburuk.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular