Selain daripada situasi wabak COVID-19 di negara kita dan juga dunia, antara perkara lain yang menjadi sebutan warganet adalah foto sekumpulan gajah yang memasuki perkampungan di wilayah Yunnan untuk mencari makanan.

Menurut perkongsian yang tular, gajah-gajah tersebut akhirnya menjumpai 30 kilogram wain jagung dan kemudian meminumnya, selepas itu menjadi mabuk dan tertidur di kawasan ladang teh. Jika dilihat, memang comel.

Epicalyptic/Facebook

Tetapi perkara tersebut disahkan tidak benar. Dalam erti kata lain, gajah-gajah tersebut bukanlah mabuk seperti yang digembar-gemburkan.

Selepas membuat pengesahan dengan Yunnan Forestry and Grass Bereau, stafnya menjelaskan bahawa gambar gajah mabuk yang mula ditularkan daripada aplikasi Weibo itu bukan gajah yang terdapat di bandar Hoa.

Menurut biro tersebut, gajah di kawasan yang dimaksudkan adalah terdiri daripada kawanan 14 ekor gajah liar yang telah memasuki bandar Miao pada pagi 9 Mac.

BJNews

Kemudian pada petang 11 Mac, kawanan gajah tersebut mula memasuki kawasan perumahan penduduk dan merosakkannya, selain memakan tanaman tebu penduduk. Namun tiada kecederaan serius dilaporkan.

Kawanan yang sama kemudiannya telah memasuki kawasan ladang pada 14 Mac lalu menyebabkan kerosakan pada sistem tenaga solar, tanaman jagung, beras selain merosakkan pintu dan tingkap rumah penduduk.

Seperti yang kita tahu, gajah merupakan mamalia darat terbesar dan konflik sebegini kerap kali berlaku apabila mereka keluar untuk mencari makanan.

BJNews

Pada tahun 2018, Biro Perhutanan Daerah Erhai telah menubuhkan Kumpulan Kerja Pelupusan Kecemasan Gajah Asia, bertujuan untuk menjalankan pemantauan pergerakan gajah melalui pusat amaran awal.

Menurut laporan, pihak berkuasa daerah terbabit juga telah mengarahkan penduduk untuk berpindah ke kawasan lain bagi mengelakkan sebarang insiden atau kerugian.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular