Di zaman kecanggihan teknologi dan dunia tular ini, bintang sensasi media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi gaya hidup netizen. Apa sahaja yang mereka lakukan pasti akan menjadi ikutan orang ramai baik dari segi citarasa fesyen, makanan dan sebagainya.
Sebagai contoh, @SamadSaidWhaaat yang mempunyai ramai pengikut di Twitter. Sejak Oktober lalu, Samad telah mengumumkan kepada pengguna media sosial tentang roti coklat kegemarannya. Roti Coklat Chigiri yang boleh didapati di myNEWS ini mula mendapat sambutan ramai setelah Samad memuji keenakannya di Twitter.
Pagi yang baik adalah pagi yang mana kau dapat beli roti ni.
Selamat pagi semua! pic.twitter.com/C2w1tfQaGL— A Samad Said: (@SamadSaidWhaaat) November 6, 2019
“Aku selalu sangat beli Roti Coklat Chigiri ini sampai dah tahu bila abang roti datang hantar stok roti”.
Obsesi Samad terhadap roti coklat yang berharga RM3.50 itu menyebabkan orang ramai turut tertarik untuk merasai keenakan roti berkenaan. Antara perkongsian yang sempat diambil daripada netizen adalah:
We hope you loved the goodies we sent you! @SamadSaidWhaaat ? pic.twitter.com/D5wyVZwRlc
— myNEWS (@myNEWSholdings) January 30, 2020
“Sebab banyak kali lalu di timeline pasal roti MyNews ini, hari ini kita beli satu. Terpengaruh dengan @SamadSaidWhaaat”.
“Pagi-pagi dah cari Roti Chigiri myNEWS. Sedap juga krim dia tak manis sangat”.
Finally dapat juga rasa roti ni
One thing special dekat roti ni, roti dia lembut gila. Filling dia guna dark choc, rasa macam ganache. So dia tak manis sangat. Bila makan rasa balance
Cuma rasa roti dia ada yeast aftertaste yang agak kuat sikit. But overall just ok pic.twitter.com/cm8qneBbdC
— Amirul Kalif Syde (@KalifPoi23) December 5, 2019
Pengaruh Samad yang kuat dalam mempromosikan roti coklat itu kemudiannya menyebabkan pihak syarikat myNEWS mengambil keputusan untuk menamakan roti ini sempena nama Samad. Pada Januari lalu, wakil myNEWS telah datang menemui Samad dan menghadiahkannya beberapa roti coklat kegemaran Samad. Pihak myNEWS turut meletakkan syarat bahawa nama Roti Coklat Chigiri akan ditukar kepada nama Samad sekiranya tweet tersebut berjaya meraih 10,000 retweet.
Bagi menunaikan janji itu, pihak myNEWS mula menjual roti coklat berkenaan dengan nama baharu iaitu Roti Samad di semua kedai myNEWS bermula 18 Mac. Sungguh tak dijangka, sebegini besar kejayaan yang boleh dicipta oleh seorang yang berpengaruh dalam media sosial.
@SamadSaidWhaaat dah official. ✌?#ROTISAMAD pic.twitter.com/BvaRXs5wVz
— Syaz’wan (@syazNEO) March 17, 2020
Jika anda teringin untuk merasai kelazatan Roti Samad yang berkrim ini, segeralah ke kedai myNEWS berdekatan anda dan jangan lupa sertakan sekali #RotiSamad.
Maybe you're interested :