- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Walaupun tanpa peneman mereka tetap seronok bermain sendiri, gelagat lucu kucing-kucing ini bermain ‘joran pancing’ ini pasti buat ramai tergelak

Kucing adakalanya sangat suka ditemani dan tidak suka dibiarkan bersendirian. Kadangkala mereka mahu mengikut setiap langkah kita sehingga hendak keluar pun mahu diikutinya.

Namun, ada juga yang suka bersendirian. Mereka lebih suka duduk di depan pintu atau tingkap melihat keadaan di luar sambil melayan perasaan, kalau mahu bermain pun mereka suka bermain sendiri. Asalkan ada barang mainan, tiada masalah untuk mereka mencari hiburan.

@Naomaikyon/Twitter [1]

Telatah lucu kucing seperti itu telah dikongsikan oleh seorang netizen yang merakam gelagat kucingnya bermain dengan joran pancing mainan. Bagi kita tiada istimewanya dengan batang kayu itu tetapi buat kucing ini pancing itu adalah sumber hiburannya.

@Naomaikyon/Twitter [1]

Video lucu itu telah dimuat naik di Twitter oleh seorang pengguna dari Jepun, Naomaikyon [2] yang merakam aksi lucu kucingnya yang sedang seronok bermain. Video tersebut telah ditonton lebih daripada 7,000 kali dan menerima ratusan komen orang ramai.

@Naomaikyon/Twitter [1]

Tidak ketinggalan ada juga netizen yang menyunting gambar tersebut menjadi gambar-gambar yang lebih melucukan.

@Naomaikyon/Twitter [1]

@Naomaikyon/Twitter [1]

Tidak hanya itu, ada juga pengguna twitter yang membalas status tersebut dengan memuat naik video kucing mereka ketika bermain permainan yang hampir sama.

@tuituuui/Twitter [6]

@AyhanAkinn/Twitter [25]

@Arthur_Twenty2/Twitter [27]

Apa yang lebih melucukan ada juga kejadian yang berlaku sebaliknya. Ketika kucing lain seronok melompat dengan permainan masing-masing ada juga kucing yang tidur dengan batang mainan tersebut.

Nampaknya tidur itu lebih penting daripada bermain, sungguh melucukan!

@Naomaikyon/Twitter [1]

loading...