- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Setia menjaga dan melindungi tuan mereka yang terbaring di tepi jalan, kesetiaan dua ekor anjing ini buat ramai tersentuh

Pasti ramai yang setuju jika dikatakan haiwan peliharaan adalah spesies yang sangat setia terhadap pemilk mereka. Mereka setia menunggu di depan pintu rumah, menanti tuan mereka pulang setiap malam.

Mereka juga yang menjadi pendengar setia walaupun mereka tidak boleh berbicara dengan bahasa manusia. Ada yang menceritakan bagaimana haiwan peliharaan tetap setia menanti di sisi kubur tuan mereka yang telah meninggal dunia.

Kisah kali ini sekali lagi akan membuktikan bagaimana setianya haiwan peliharaan kepada pemilik mereka. Cerita ini telah dikongsikan oleh seorang netizen dari Guizhou, China yang kebetulan menyaksikan insiden tersebut. Ketika itu dia dan keluarganya sedang berjalan-jalan dan terlihat seorang lelaki berbaring di tepi jalan dalam keadaan mabuk.

Apa yang menyentuh hati ialah di sisi lelaki itu ada dua ekor anjing yang sedang menjaga dan melindungi tuan mereka, anjing-anjing itu nampaknya sangat berhati-hati jika ada orang lain yang mahu mendekati tuan mereka yang sudah terbaring itu.

YouTube [1]

Kedua-dua anjing itu terus memerhati keadaan sekeliling dalam keadaan bimbang dan cemas. Mereka bahkan tidak membenarkan sesiapa pun mendekati tuan mereka. Netizen ini kemudian terus menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Sementara menunggu polis tiba kedua-dua ekor anjing itu terus memeriksa keadaan tuan mereka terus dengan tugas mereka untuk melindungi lelaki itu.

YouTube [1]

Setelah ketibaan polis, lelaki mabuk itu dikejutkan dan keluarganya dihubungi. Rupa-rupanya lelaki itu hanya tinggal berhampiran dengan kawasan itu dan tidak lama selepas itu dia dijemput oleh keluarganya.

YouTube [1]

YouTube [1]

Video yang merakam kejadian tersebut telah dimuat naik di internet dan telah menerima pelbagai reaksi dan komen daripada orang ramai. Ramai yang memuji kesetiaan anjing-anjing ini  kerana telah menjaga tuan mereka dengan baik.

YouTube [1]

loading...