Berikutan penularan wabak COVID-19 dan pelbagai usaha dari kerajaan di seluruh dunia untuk mengawalnya, nampaknya kita dapat menyaksikan beberapa situasi keajaiban yang sangat sukar untuk dilihat pada sebelum ini.

Salah satunya adalah situasi comel yang berlaku di salah sebuah pusat pelancongan awam di Chicago, iaitu Shedd Aquarium dimana beberapa ekor burung penguin dilepaskan dari sangkar mereka untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan lawatan akuarium kerana tiada pengunjung dibenarkan masuk.

Shedd Aquarium/Twitter

Comel sekali!

Shedd Aquarium/Twitter

Sangat lucu apabila penguin itu melawat rakan-rakan lain di akuarium yang sama, yang mungkin tidak pernah dilihat sebelum ini, dan paling menarik, haiwan di dalam kurungan juga berasa tertarik dan seolah-olah hairan dengan ‘pelawat’ yang unik itu!

Shedd Aquarium/Twitter

Sambil berjalan dan mengepak-ngepak sayap kerana terlalu teruja, penguin yang dirakam ini terus mendekati sebuah akuarium yang dihuni oleh sekawan ikan, yang dalam masa yang sama juga berenang-renang berdekatan dengan cermin akuarium, mungkin untuk melihat dengan lebih dekat tetamunya pada hari itu.

Lucu!

GuardianNews/YouTube

GuardianNews/YouTube

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun mendapat sebanyak lebih dari 157,900 sukaan, lebih dari 52,200 ulang kicau dan lebih dari 1,600 komen dari warganet di seluruh dunia yang turut sama berasa terharu dengan pengalaman si comel ini.

“Idea yang sangat hebat kerana membenarkan penduduk asal (akuarium) melawat rakan-rakannya! Tahniah kepada kakitangan. Terima kasih kerana telah menceriakan hari saya!”

Shedd Aquarium/Twitter

“Mungkin (ini) adalah tweet paling menyeronokkan yang pernah saya lihat. Terima kasih!”

“Penguin itu kelihatan seperti sedang membaca papan notis itu juga. Seronoknya dapat mengembara”

Shedd Aquarium/Twitter

Bukan itu sahaja, di ruangan komen juga beberapa orang warganet turut berkongsi beberapa kisah yang menghangatkan hati yang terjadi di lokasi lain. Antaranya adalah seperti kisah di Zoo Oregon yang membenarkan seekor bayi gajah untuk melawat rakan-rakannya di zoo itu.

Alahai, cair hati dibuatnya!

“Zoo Oregon membawa bayi gajah berjalan di sekitar zoo untuk melawat haiwan-haiwan lain.”

Shedd Aquarium/Twitter

Diharapkan, situasi sebegini tidak hanya berlaku sekali ini sahaja, dan mungkin haiwan-haiwan comel ini boleh diberi kelonggaran untuk melakukan aktiviti sebegini agar mereka tidak berasa tertekan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular