KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon Maya Matahari, 44 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4 petang 18 Mac selepas menderita penyakit kanser.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakannya, Haiza Hanafi yang juga merupakan penyanyi dan penyampai radio.

Maya Matahari Fans/Facebook

“Saya dapat panggilan daripada Ieda (Moin) yang memaklumkan berita ini. Setakat ini, saya dimaklumkan jenazah arwah berada di Sungai Buloh namun masih belum tahu lokasi spesifik”, katanya.

Tambah Haiza lagi, beliau mengetahui bahawa rakannya itu menghidapi kanser dan menerima rawatan di China.

“Dia tak banyak berkongsi mengenai penyakitnya. Yang saya tahu, dia menghidap kanser sejak dia menyertai Gegar Vaganza musim kelima lagi pada 2018 dan baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di sana”.

Menurut Haiza, kali terakhir beliau bertemu arwah adalah ketika Maya dimasukkan ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur pada penghujung tahun lalu dan semenjak daripada situ, mereka kemudian hanya berhubung menerusi telefon.

Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee menceburi bidang seni apabila mula melancarkan album pertama pada 25 Mac 1995 berjudul ‘Matahari’ dengan lagu popular yang bertajuk sama.

Selain itu, beliau turut popular dengan lagu Diari Biru pada sekitar 1990-an sebelum kembali menyertai program Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) pada tahun 2018.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular