Tahukah anda bahawa warna sebenarnya boleh memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi dan perasaan kita? Kajian menunjukkan bahawa hampir 90% keputusan yang dibuat oleh seseorang dipengaruhi oleh warna objek.

Jadi, pakar pemasaran telah menggunakan psikologi warna untuk menjadikan kempen pemasaran mereka lebih berhasil.

Mahu tahu bagaimana warna di sekeliling kita sebenarnya dapat mempengaruhi emosi kita? Berikut adalah 10 warna dan bagaimana warna-warna ini memainkan peranannya:

1. Oren

Gambar Hiasan/Pexels

Bagaimana warna ini mempengaruhi perasaan: Warna oren boleh memberikan tenaga dan memberi rangsangan ketika melakukan aktiviti fizikal. Warna ini juga boleh membantu anda melahirkan rasa optimis dan keberanian sehingga kadangkala anda memperolehi peluang-peluang baru.

Bila anda memerlukan warna ini: Apabila anda ingin bersenam, memerlukan fokus terhadap diri sendiri atau ketika mahu berkomunikasi dengan orang lain dalam keadaan lebih ceria. Umumnya, warna oren sangat sesuai untuk bilik ‘fitness’, digunakan ketika majlis dan sesuai juga untuk digunakan sebagai pakaian seragam.

2. Biru

Gambar Hiasan/Pixabay

Bagaimana warna ini mempengaruhi perasaan: Warna ini membawa keselesaan dan kedamaian. Kita cenderung untuk mengaitkan warna biru dengan air dan langit, yang merupakan simbol kebebasan dan ketenangan.

Bila anda memerlukan warna ini: Warna ini sesuai untuk ‘mood’ yang lebih santai, jadi warna ini sangat sesuai jika digunakan di rumah anda atau di mana sahaja ruangan di mana anda memerlukan ketenangan.

3. Hijau

Gambar Hiasan/Pixabay

Bagaimana warna ini mempengaruhi perasaan: Memandangkan warna hijau adalah warna kehidupan, ia berkait dengan keseimbangan emosi, keselamatan dan kestabilan. Hijau juga boleh memberi inspirasi kepada kesejahteraan dan tenaga semula jadi.

Bila anda memerlukan warna ini: Hijau sering dikaitkan dengan makanan, jadi ia sangat popular di kedai runcit dan berguna di dapur. Suasana kehijauan di sekitar rumah anda boleh mempengaruhi emosi anda.

4. Hitam

Gambar Hiasan/Pexels

Bagaimana warna ini mempengaruhi perasaan: Hitam memberikan rasa selamat dan perlindungan emosi. Warna ini juga sesuai untuk menyembunyikan perasaan atau mengawal rasa tidak selamat dalam diri.

Bila anda memerlukan warna ini: Bagi kebanyakan orang, hitam adalah warna untuk teknologi kerana ia berasa selamat dan boleh dipercayai. Warna ini juga berkesan dalam berkomunikasi dengan pihak berkuasa dan warna hitam juga punya misteri tersendiri.

5. Ungu

Gambar Hiasan/Pixabay

Bagaimana warna ini mempengaruhi perasaan: Ungu dipercayai boleh memberikan keseimbangan mental, kestabilan dan warna yang dikaitkan dengan pencerahan rohani. Ungu juga digunakan untuk menjadi warna kegemaran di kalangan kerabat diraja, oleh itu warna ini sering dikaitkan dengan kemewahan.

Bila anda memerlukan warna ini: Apabila anda ingin berehat dan mendapatkan keselesaan atau mahukan rasa mewah. Umumnya, warna ini sangat menarik untuk objek di rumah seperti selimut, cadar, bantal dan sebagainya.

6. Merah

Gambar Hiasan/Pixabay

Bagaimana warna ini mempengaruhi perasaan: Merah adalah warna kuasa, semangat dan tenaga. Ia juga boleh memberi motivasi dan tenaga untuk kepada anda dalam mengambil apa sahaja tindakan serta-merta. Warna ini kadangkala tidak disenangi mereka yang introvert dan tidak sesuai digunakan dalam situasi di mana kita mahukan ketenangan dan kedamaian.

Bila anda memerlukan warna ini: Warna merah sesuai untuk merangsang aktiviti. Jadi, warna ini sesuai memberikan anda semangat ketika melakukan sesuatu kerja supaya dilakukan sehingga selesai. Warna merah juga sesuai untuk meningkatkan keyakinan diri.

7. Kuning

Gambar Hiasan/Pexels

Bagaimana warna ini mempengaruhi perasaan: Warna kuning melahirkan rasa seronok, ceria dan positif. Tetapi ia juga warna untuk kita berjaga-jaga atau berhati-hati tetapi tidak perlu rasa bimbang atau berada dalam ketakutan.

Bila anda memerlukan warna ini: Anda mungkin perasan bahawa kebanyakan lapangan terbang dan tanda jalan menggunakan tulisan berwarna hitam dan latar belakang menggunakan warna kuning yang terang. Itu kerana kuning dapat menarik perhatian dan sebenarnya membuat anda menumpukan perhatian pada maklumat yang tertera. Jadi, warna ini juga sesuai jika digunakan untuk menyampaikan maklumat atau mesej.

8. Putih

Gambar Hiasan/Pixabay

Bagaimana warna ini mempengaruhi perasaan: Putih adalah warna kesucian. Ia memberikan rasa selamat, harapan dan permulaan yang baru, seolah-olah anda bersedia untuk memulakan sesuatu yang baru.

Bila anda memerlukan warna ini: Gunakan warna putih untuk menunjukkan kebersihan dan keselesaan. Buktinya, jika anda pergi ke hotel atau hospital anda akan melihat warna putih digunakan.

9. Merah jambu

Gambar Hiasan/Pixabay

Bagaimana warna ini mempengaruhi perasaan: Merah jambu mewakili percintaan, kehangatan dan kewanitaan. Warna ini sering dikaitkan dengan hubungan tingkah laku dan sikap mengambil berat, itulah sebabnya warna merah jambu sering digunakan pada produk kanak-kanak dan wanita.

Bila anda memerlukan warna ini: Merah jambu boleh menjadikan wanita kelihatan lebih menarik di mata lelaki. Pakaian merah jambu, solekan merah jambu atau kuku berwarna merah jambu sekalipun semuanya boleh membuatkan seseorang gadis lebih menarik dan romantik. Warna ini juga sering digunakan dalam makanan seperti pencuci mulut kerana warna ini membuatkan makanan kelihatan lebih manis.

10. Coklat

Gambar Hiasan/Pexels

Bagaimana warna ini mempengaruhi perasaan: Coklat adalah warna semula jadi dan boleh memberi keselesaan. Ia memberikan kita rasa kestabilan dan kebolehpercayaan, sebab itulah warna ni merupakan salah satu warna yang dapat membuat kita merasa nyaman di rumah atau di mana saja.

Bila anda memerlukan warna ini: Setiap kali anda mahu mewujudkan persekitaran yang seolah-olah mengalu-alukan. Warna coklat juga boleh digunakan pada kayu untuk menunjukkan kekuatan dan kekayaan atau kemewahan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular