Kita semua sedia maklum mengenai pencemaran sampah yang bukan sahaja mencemari kawasan darat tetapi juga telah mencemarkan laut di seluruh dunia.

Namun begitu, anda mungkin tidak menyangka bahawa para saintis turut menemui sampah plastik di satu lokasi yang dikatakan sebagai lautan terdalam di dunia iaitu Jurang Mariana.

YouTube

Memiliki kedalaman sehingga 11 km, Jurang Mariana dikategorikan sebagai lokasi paling dalam di permukaan kerak bumi. Bagaimanapun, seorang penjelajah laut yang dikenali sebagai Victor Vescovo berjaya memecahkan rekod dunia kerana telah menyelam ke dasar laut yang paling dalam di dunia.

Pada masa yang sama, beliau turut menemui beberapa penemuan yang menarik ketika beliau menyelam ke dalam jurang berkenaan.

YouTube

Dengan menggunakan kapal selam yang dicipta khas untuk menahan tekanan laut dalam, Victor telah menghabiskan masa selama empat jam dan berjaya menemui empat spesies baru dalam keluarga udang yang dikenali sebagai amphipod.

YouTube

Bukan sahaja itu, Victor dan juga pasukan penyelamnya turut menemui beg plastik dan juga pembalut gula-gula di kawasan lautan yang paling dalam itu!

Sejurus penemuan itu, para saintis telah menjalankan eksperimen ke atas makhluk spesies baharu amphipod itu untuk melihat kewujudan mikroplastik. Untuk pengetahuan anda, mikroplastik adalah salah satu bahan pencemar baharu yang terdapat di air dan juga udara.

Partikel mikroplastik sangat halus sehingga boleh memasuki badan haiwan, hidupan laut dan juga manusia sekali gus berupaya menjejaskan kesihatan.

YouTube

Justeru, bagi mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam yang boleh menjejaskan kehidupan ekosistem, kerajaan telah melaksanakan kempen untuk mengurangkan penggunaan bahan plastik.

Antara inisiatif yang dilakukan oleh negara-negara lain seperti Malaysia adalah mengenakan caj sebanyak RM0.20 ke atas plastik, larangan menyediakan penyedut minuman dan sebagainya.

YouTube

Semoga langkah ini akan berterusan dan mendapat sokongan daripada kita semua untuk sama-sama memulihara kesejahteraan alam semula jadi.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular