Penularan wabak membawa maut, Covid-19 kini semakin berleluasa di Malaysia sehingga membuatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan arahan perintah berkurung berkuat kuasa 18 Mac sehingga 31 Mac ini.

Sehingga kini, jumlah kematian akibat virus korona ini telah mencapai 7,471 individu dan perkara amat membimbangkan kita semua.

Namun, dalam usaha keras para doktor dan juga jururawat dalam merawat pesakit, masih ada segelintir individu yang tidak menggunakan akal fikiran mereka dengan melakukan perkara yang menjijikkan seperti meludah di dalam lif.

Penang Kini/Facebook

Baru-baru ini, tular di laman sosial Facebook menunjukkan seorang lelaki tua telah meludah di panel butang lif di sebuah perumahan yang terletak di Bayan Lepas. Video berdurasi 40 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju merah yang dilihat mengumpul kahaknya sebelum meludah pada butang lif.

Tindakan lelaki ini mendapat kecaman daripada warga net apatah lagi terdapat seorang wanita menggunakan lif yang sama sebaik sahaja lelaki tua tadi keluar. Laporan polis telah dibuat dan mendapati lelaki tersebut merupakan seorang penjaga pusat snuker di Sungai Ara yang berusia 63 tahun. Dia juga telah ditahan oleh pihak polis bagi siasatan lanjut.

Penang Kini/Facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, “Kerana bimbang dengan kesihatan dan keselamatan penduduk di situ berkenaan isu wabak Covid-19, seorang guru lelaki telah membuat laporan polis dan meminta perhatian daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)”.

Penang Kini/Facebook

Suspek kemudiannya dilaporkan menyerahkan dirinya di Balai Polis Bayan Lepas. Bagaimanapun, menerusi pemeriksaan yang dijalankan, suspek tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dijangkiti virus tersebut manakala ujian air kencingnya juga didapati negatif daripada penyalahgunaan dadah.

Anbalagan memaklumkan bahawa kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Penang Kini/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular