- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Gelagat kucing curi ikan kering cuit hati netizen

Kita semua tahu mencuri adalah satu perbuatan yang tidak bermoral. Jika perbuatan mencuri dilakukan, seseorang boleh dikenakan tindakan perundangan oleh pihak berkuasa.

Tetapi, setelah anda menonton video ini, anda pasti akan memuji kecomelan pencuri ini.

The Purr House/Facebook [1]

Menerusi satu video di Facebook yang dikongsikan oleh The Purr House, [2] dapat dilihat gelagat seekor kucing sedang melakukan cubaan untuk mencuri ikan yang dijemur oleh tuannya.

The Purr House/Facebook [1]

Video berdurasi 42 saat itu menunjukkan seekor kucing yang gigih memanjat sebatang pokok dalam usaha untuk mencapai ikan kering yang dijemur oleh tuannya. Lebih melucukan lagi, seekor kucing sedang menanti di bawah sambil memerhatikan perbuatan rakannya itu.

The Purr House/Facebook [1]

Jika situasi ini boleh disamakan seperti situasi manusia, boleh digambarkan kucing yang ingin mencuri itu merupakan kucing jantan yang sedang cuba untuk memenuhi permintaan ‘isterinya’ yang sedang mengidam.

Lucu bukan?

The Purr House/Facebook [1]

Video yang dimuat naik pada 29 November 2019 itu sehingga kini menerima lebih daripada 6,400 tanda suka dan 1,100 jumlah perkongsian.

Netizen yang terhibur dengan gelagat kucing ini turut melontarkan komen mengenai peristiwa menghiburkan itu.

“Kucing yang pintar”

“Pengajaran yang baik. Sentiasa berusaha mencari peluang. Jangan tunggu bulan jatuh ke riba seperti kucing yang di bawah”.

“Kucing ini pasti mogok kerana tuannya lambat menyediakan makanan”.

loading...