AMERIKA SYARIKAT – Kesemua kedai, restoran dan bar di beberapa buah negeri telah ditutup bermula jam 8 malam pada 16 Mac selama mana yang diperlukan. Difahamkan juga ia turut melibatkan pusat kasino, gimnasium dan juga pawagam.

Negeri yang dimaksudkan adalah New York dengan kerjasama negeri berdekatannya iaitu Connecticut dan juga New Jersey dengan harapan agar ia berupaya untuk menghentikan penularan wabak terbabit dengan lebih meluas.

Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan penutupan kota berkenaan menerusi satu tweet yang dibuat pada pagi 16 Mac setelah mendesak presiden Donald Trump untuk mengenakan perintah berkurung bagi menangani wabak COVID-19.

Tambah Cuomo, ketiga-tiga negeri terbabit mengambil keputusan sendiri secara bersama ekoran tiada usaha dan juga arahan jelas yang dikeluarkan oleh Rumah Putih ataupun daripada pihak berkuasa pusat secara umumnya.

Beliau sebelumnya difahamkan telah meminta Donald Trump untuk melaksanakan penutupan keseluruhan di negeri terbabit sambil mengatakan bahawa pendekatan sistem tampalan ‘patchwork’ yang diamalkan, kurang sesuai.

Penutupan bandar turut berlaku di New Jersey pada tempoh antara jam 8 malam dan 5 pagi, terutamanya buat pergerakan yang tidak begitu penting. Namun tindakan lanjut buat mereka yang tidak akur akan perintah tersebut masih belum diketahui.

Gabenor New Jersey, Phil Murphy masih belum mengesahkan bagaimana penduduk di sana akan ke tempat kerja pada tempoh berkenaan selain cara untuk menguatkuasakannya namun beliau tidak menggalakkan penduduk untuk meninggalkan rumah sewaktu tempoh tersebut.

Di Maryland pula, penutupan keseluruhan bandar tersebut berlaku mulai jam 5 petang pada 16 Mac, di mana ia melibatkan restoran, bar, pusat gimnasium dan juga pawagam.

Victor J. Blue/Getty Images

Difahamkan juga kesemua bar dan restoran di ketiga-tiga negeri terbabit diminta untuk beroperasi secara penghantaran ataupun bungkusan sahaja, bermula pada jam 8 malam. Setakat ini, masih tiada solusi untuk meringankan beban kewangan individu semasa krisis ini berlangsung.

Dalam pada itu, penasihat ekonomi Rumah Putih, Larry Kudlow mendedahkan kemungkinan pihak kerajaan akan memberikan wang tunai sebanyak $1,000 (RM4,334) kepada setiap isi rumah di kawasan terlibat.

Ketika ditemubual, Cuomo menjelaskan bahawa dirinya tidak mungkin akan mengambil tindakan tegas di New York tetapi perlu melakukannya di New Jersey dan Connecticut memandangkan orang ramai dengan mudahnya akan bermigrasi ke sana untuk meneruskan kehidupan mereka dan juga berpotensi untuk menyebarkan virus.

“Saya tutup sempadan maka mereka akan berpindah ke Jersey. Justeru kita perlu ada peraturan yang spesifik. Setiap negeri tidak boleh membuat peraturannya sendiri kerana ia akan menyebabkan penduduk daripada kawasan lain bermigrasi ke kawasan lain”.

Oleh itu, menurutnya perlu ada peraturan standard ditetapkan di peringkat pusat. Cuomo juga sebelum ini telah berulang kali telah meminta pasukan jurutera untuk datang ke New York bagi memasang bangunan tersedia untuk dijadikan hospital sementara.

Setakat ini, sebanyak 950 kes dicatatkan di New York. Negeri-negeri lain jga difahamkan telah melaksanakan penutupan bandar masing-masing namun pihak kerajaan pusat masih belum mengambil apa-apa keputusan mengenainya.

Victor J. Blue/Getty Images

15 Mac lalu, Trump menasihati rakyat Amerika untuk menghentikan pembelian panik dan juga membeli bekalan makanan dan keperluan dengan banyak. Menurutnya, kedai makanan dan pasaraya akan kekal dibuka tidak kira apa yang berlaku.

Kini masyarakat Amerika mula berasa bimbang akan bagaimana ketersedian sistem penjagaan kesihatan negara terbabit dalam berhadapan dengan kemungkinan bertambahnya jumlah pesakit COVID-19 dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, dua orang doktor yang bertugas di ruang pembedahan menjadi antara pesakit dalam keadaan yang kritikal setelah dijangkiti dengan COVID-19. Salah seorang yang berusia 70 tahun mengalami masalah pernafasan.

Manakala seorang lagi yang berusia lingkungan 40-an pula tidak mempunyai sebarang kebimbangan kesihatan. Selain itu, seorang doktor dari Paterson, New Jersey pula diasingkan setelah dijangkiti dengan virus tersebut.

Setakat 17 Mac, kes jangkitan melibatkan pesakit COVID-19 di Amerika Syarikat mencecah 4,645 kes manakala kematian yang direkodkan pula adalah sebanyak 62.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular