Sebelum anda mula membela haiwan peliharaan, anda seharusnya berfikir terlebih dahulu dan bertanya kepada diri sendiri, adakah anda seorang yang bertanggungjawab serta mampu memberi komitmen yang berterusan untuk membela haiwan?

Langkah ini adalah perlu bagi mengelakkan kes pengabaian haiwan peliharaan daripada berlaku. Haiwan peliharaan sepatutnya dijaga dengan penuh kasih sayang, diberi keperluan makanan, rawatan dan sebagainya.

Jika tidak, akan berlakulah kes-kes pengabaian dan kecuaian seperti anak anjing malang ini. Menurusi akaun Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association di laman Facebook, seekor anak anjing didapati telah dikurung di dalam kereta.

Persatuan Haiwan Malaysia/Facebook

Kejadian itu difahamkan berlaku di kawasan letak kereta di hadapan restoran, Hou Dia Pang yang terletak di Taman Daya, Kepong, di mana anak anjing itu difahamkan dikurung di dalam sangkar, di dalam sebuah kereta.

Persatuan Haiwan Malaysia/Facebook

Anak anjing malang berkenaan dijumpai kira-kira pada jam 11:15 pagi pada 15 Mac lalu. Nasib menyebelahinya apabila anggota daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Jinjang berjaya mengeluarkannya.

Persatuan Haiwan Malaysia/Facebook

Anak anjing tersebut kini berada dalam keadaan yang selamat. Tidak dapat dibayangkan bagaimana anak anjing tersebut berhadapan dengan cuaca panas di dalam kereta pada ketika itu. Kasihan!

Persatuan Haiwan Malaysia/Facebook

Dalam pada itu, pihak Animal Malaysia merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak bomba dan penyelamat atas kerja-kerja menyelamatkan anak anjing tersebut.

Buat para pemilik haiwan di luar sana, usah ‘seksa’ haiwan peliharaan anda. Jika tidak mampu bela haiwan, maka jangan mempermainkan nasib mereka sebegini.

Kecuaian sebegini harus dihentikan segera dan diharapkan agar kisah ini dapat dijadikan iktibar kepada semua.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular