Seperti mana negara lain di dunia, Malaysia juga tidak terkecuali mempunyai sebilangan gelandangan yang tinggal di jalanan dan lorong terutama di ibu negara, Kuala Lumpur.

Gelandangan ini sering diabaikan kerana setiap orang juga mempunyai masalah tersendiri serta kesukaran hidup masing-masing sehingga tidak mampu membantu mereka.

Namun sekali-sekala, terdapat juga golongan yang prihatin walaupun mereka juga sibuk dengan urusan harian dan mempunyai masalah tersendiri serta tidaklah pun berkemampuan sebenarnya. 

We are Malaysians/Facebook

Seperti seorang penghantar makanan Foodpanda ini yang masih mampu memperuntukkan masanya untuk menunjukkan belas kasihan kepada seorang gelandangan yang ditemuinya lalu sikapnya itu sepatutnya menjadi contoh teladan kepada kita.

Menerusi laman Facebook, We are Malaysians memuat naik satu gambar profil terbaru menunjukkan seorang pekerja penghantaran Foodpanda di Kuala Lumpur, yang memutuskan untuk berhenti dan meninggalkan makanan untuk seorang gelandangan lelaki yang tidur di tepi jalan.

Kapsyen di posting itu, “Penunggang Foodpanda. Dia menghantar sarapan pagi percuma untuknya…”

We are Malaysians/Facebook

Tidak dapat dipastikan siapa empunya makanan itu sebenarnya, tetapi secara teorinya sudah pasti terdapat seorang pelanggan yang membuat tempahan dan membayarkannya.

Mungkin juga dia memaklumkan kepada penunggang Foodpanda itu untuk menyampaikannya kepada gelandangan yang tiada tempat tinggal di bandaraya.

We are Malaysians/Facebook

Atau pesanan makanan itu mungkin telah dibatalkan oleh seorang pelanggan lalu akibat terasa sayang untuk membuangnya, pekerja penghantaran ini telah meletakkannya di sisi gelandangan itu untuk dia menjamahnya sebagai sarapan di pagi hari.

Siapa pun yang memberikan makanan itu, perbuatan membantu golongan memerlukan khususnya gelandangan atau fakir miskin harus dipuji dan sepatutnya menjadi amalan kebiasaan di kalangan rakyat Malaysia.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular