- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Kucing comel berhati dingin ini benarkan pemilik sentuh hatinya dengan cara mengusap misai terus ke pipi

Semua orang tahu anjing peliharaan suka dibelai tetapi kucing pula berhati dingin. Sifat cerewet kucing terserlah ketika tuan empunya hanya dibenarkan menyentuh dan membelainya di bahagian-bahagian tertentu tubuh kucing itu sahaja.

Kucing paling tidak suka apabila pemilik atau pencinta kucing menyentuh ekor dan misainya kerana kawasan itu bukan tempat kita menyentuh hatinya.

Tetapi baru-baru ini seorang aktor dari Jepun telah memuat naik rakaman video reaksi kucing comelnya ketika dibelai yang sungguh melucukan di akaun Twitter miliknya, @ragdoll_pique [1].

@Ragdoll_pique/Twitter [2]

Ketika aktor ini menyentuh dan membelai misainya yang berderia sensitif itu, si comel ini menunjukkan ekspresi wajah paling suka seperti sedang berada di awang-awangan, sangat-sangat mendamaikan!

@ragdoll_pique/Twitter [3]

Si kucing comel ini bernama Pique. Ragdoll_pique berkata Pique sebenarnya seekor kucing cerewet dan berhati dingin tetapi pada masa sama mahu dirinya nampak elegan dan comel.

“Saya tidak menyangka Pique sebenarnya memiliki sifat bermuka-muka,” katanya.

@ragdoll_pique/Twitter [3]

Apabila pemiliknya ini menyentuh misai dan mengusap pipinya, Pique tidak dapat mengelak untuk menunjukkan ekspresi yang dia sangat suka sebenarnya dibelai dengan cara itu, sehinggakan Pique mendakap erat tangan tuannya supaya meneruskan belaian manja itu.

@ragdoll_pique/Twitter [3]

Aktor Ragdoll_pique dalam tweet itu, “Ramai orang bertanya dia sedang tidurkah? Hakikatnya, dia sedang celik dan sedar sepenuhnya. Tetapi apabila saya meletakkan jari-jemari di bahagian mukanya dan terus membelai misainya, dia akan menjadi pegun serta-merta kerana berasa sangat selesa, damai dan suka.”

Rakaman video itu menjadi tular dengan perhatian lebih 336,000 netizen, sehingga ada antara mereka yang ingin mencuba teknik membelai ala Pique.

@ragdoll_pique/Twitter [3]

Malangnya, reaksi kucing mereka amat berbeza.

“Tidak mungkin dia mahu dibelai dengan cara ini,” kata seorang netizen sambil memuat naik rakaman video kucingnya yang berasa kurang selesa apabila misai berderia sensitif dan pipinya disentuh lalu diusap.

@ragdoll_pique/Twitter [1]

Hanya si comel Pique menjadi kucing unik atas sifatnya yang suka dibelai dengan cara mengusap misai dan pipinya, maka kucing lain belum tentu.

Jika kucing anda tidak suka cara belaian ini, janganlah pula memaksa mereka. Silap-silap anda pula yang dicakar atau digigitnya nanti.

loading...