Semua individu pasti mahukan berat serta bentuk tubuh yang ideal. Umumnya perkara utama yang perlu dilakukan seseorang untuk mencapainya adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang diiringi dengan senaman.

Namun jika diet secara melampau juga bakal meninggalkan kesan yang buruk pada tubuh bahkan berupaya membawa maut. Seorang pengguna Facebook, Imi Aruz ada berkongsi tentang kisah seorang wanita yang mungkin membuka mata kita.

Menurut pengguna itu, dia mempunyai kenalan wanita berusia 41 tahun berketurunan Cina dan pada awalnya, wanita tersebut tidaklah begitu kurus. Namun dalam tempoh dua tahun, pengguna terbabit perasan bahawa wanita itu makin lama makin kurus sehingga kelihatan tidak bermaya.

Wanita tersebut difahamkan seorang arkitek dan merupakan antara pelajar pintar dalam bidang berkenaan. Mana tidaknya, wanita terbabit memiliki sarjana dalam bidang seni bina dan masih lagi berstatus bujang.

Gambar Hiasan | Pixabay

Wanita itu merasakan bahawa dirinya gemuk sungguhpun hakikat sebenarnya dia sudah pun kurus. Wanita itu juga kerap membelanja pengguna tersebut makan sedangkan dirinya sendiri tidak begitu menikmati makanannya.

Mengejutkan apabila wanita berkenaan sebenarnya hanya makan buah, sayur dan produk daripada soya. Menurut Imi, kenalannya itu begitu takut akan karbohidrat. Walaupun sudah dinasihati untuk makan seperti biasa, namun wanita tersebut masih lagi enggan.

Seawal 6:30 hingga ke 9 pagi, wanita terbabit sudah mula berbasikal dan pergi ke gimnasium untuk menggunakan treadmill.  Difahamkan ketika maghrib pula, dia akan meletakkan barangannya sementara di bawah jagaan pengawal keselamatan sebelum pergi semula ke gimnasium untuk bersenam selama sejam.

Cukup mengejutkan apabila pada 29 Disember tahun lalu, Imi terjumpa kenalannya itu tergolek di gimnasium sebuah kondo selama dua jam tanpa sesiapa perasan mengenainya. Pihak ambulans kemudian segera dihubungi. Pihak paramedik pula dengan pantas menjalankan ujian untuk mengetahui tahap gula dalam darah.

Imi Aruz/Facebook

Menurut Imi, bacaan kandungan gula dalam darah wanita terbabit hanyalah sebanyak 1.9 sahaja, menandakan wanita itu menghidapi ‘hypoglycemia’ atau kekurangan kandungan gula dalam darah.

Untuk manusia normal, parasnya adalah antara 4.0 hingga 5.4 mmol/L (72 hingga 99 mg/dL) ketika berpuasa. Manakala paras selepas dua jam makan pula adalah sehingga 7.8 mmol/L (140 mg/dL).

Nasib kenalannya itu baik apabila dibenarkan keluar daripada hospital dan masih lagi bersungguh mengatakan dirinya dalam keadaan yang baik. Dua minggu selepas itu, Imi berjumpa lagi dengan kenalannya dalam keadaan muka yang lebam.

Menurut wanita terbabit, dia menjelaskan bahawa dia terjatuh sekali lagi. Puas Imi menasihatinya kerana bimbang keadaan wanita itu yang tinggal keseorangan. Akhirnya, wanita itu memberikan nombor telefon adiknya dengan pesanan, ‘jika kamu tidak lagi melihat saya di gimnasium lebih daripada 3 hari, hubungi nombor ini”.

Menurut Imi, pada 26 Februari lalu, dia datang semula ke kawasan tersebut dan berasa aneh apabila tidak melihat kenalannya itu di gimnasium. Pekerja keselamatan di bawah seliannya juga tidak lihat wanita itu yang kebiasannya menjalani rutin harian di gimnasium.

Imi kemudian mengarahkan agar pekerja keselamatan tesebut menghubungi nombor yang diberikan oleh wanita itu sebelum ini. Selepas sejam, ibu bapa wanita itu tiba dan terus naik ke rumah untuk memeriksa keadaan anaknya.

Imi Aruz/Facebook

Menyedihkan apabila wanita itu sudah tidak lagi bernyawa. Oleh yang demikian, Imi mengambil keputusan untuk berkongsi kisah ini agar ia dapat menjadi iktibar buat semua di luar sana. ikuti nasihat pakar dan doktor pemakanan sebelum memulakan apa-apa pelan diet.

Amalkan pemakanan dan diet yang betul dan sihat. Jangan terlalu mahu kurus sehingga mengenepikan perihal yang lain pula. Apa yang penting, kawal kadar pengambilan makanan dan bukannya terus henti daripada mengambilnya. Ingat ya!

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular