Umum sedia maklum akan penggunaan penutup hidung dan mulut yang perlu dipakai khasnya buat mereka yang sakit dan mempunyai simptom seperti batuk, selesema, demam dan sebagainya. Ia adalah penting untuk mengawal penularan kepada individu lain.

Namun sedang orang ramai berasa bimbang dengan keadaan wabak berkenaan, akan ada segelintir individu yang mengambil peluang tersebut untuk mengaut keuntungan.

Baru-baru ini, tular beberapa keping foto di media sosial yang menunjukkan banyak penutup hidung dan mulut atau ‘surgical mask’ dijemur di bawah cahaya matahari, di mana ia dipercayai berlaku di Cheras.

Setakat ini, tiada sebarang penjelasan yang relevan akan tindakan menjemur penutup hidung dan mulut berkenaan dan menurut sumber, ia mungkin dijemur untuk dikitar semula lalu dijual kepada orang ramai.

Jika ia diletakkan di situ dengan tujuan untuk dijual kepada orang ramai, mengapa ianya tidak disimpan di dalam kotak seperti yang sepatutnya? Bahkan ia digantung dan diletakkan di atas rumput begitu sahaja tanpa kita tahu tahap kebersihannya.

Perkongsian terbabit menimbulkan tanda tanya dan spekulasi dalam kalangan warga di Facebook, di mana kebanyakannya berasa ada ‘sesuatu’ yang tidak kena dan perkara itu harus dilaporkan segera kepada pihak berkuasa.

Seremban Page/Facebook

Ada juga yang menyarankan agar setiap penutup hidung dan muka yang sudah digunakan, dikoyak atau digunting bagi membendung gejala seperti ini..

Seremban Page/Facebook

Abam Penguatkuasa/Facebook

Oleh yang demikian, para pengguna di luar sana dinasihati agar sentiasa berhati-hati sebelum membuat sebarang pembelian, terutamanya pembelian secara dalam talian bagi mengelakkan daripada tersalah beli. Hadkan aktiviti luar daripada rumah dan sentiasa ikuti perkembangan semasa oleh pihak berkuasa. 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular