Sejujurnya, tugas membersihkan rumah boleh menjadi salah satu tugas yang membosankan dan meletihkan. Oleh sebab itu, sesetengah orang memilih untuk mendengar muzik dengan kuat ketika sedang membersihkan rumah bagi mengelakkan rasa bosan.

Bagaimanapun, satu alat yang comel ini pastinya akan mengurangkan kebosanan anda sewaktu mengemas rumah. Tidak percaya?

Memperkenalkan, mop dengan penguin yang comel!

Felissimo

 

Mop dengan burung penguin yang dinamakan “mop penguin” ini dihasilkan oleh Felissimo, sebuah laman jualan barangan serbaneka dari Jepun yang menghasilkan pelbagai jenis peralatan yang kreatif dan comel, seperti mop penguin ini.

Felissimo

Penguin comel ini direka dengan rupanya mirip sedang meluncur dengan perutnya yang comel dan membulat di bahagian lantai.

Apabila disusun sebegini, mereka kelihatan seolah-olah seperti sedang berlumba! Memang comel!

Felissimo

Cara penggunaannya pula sangat mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan memasukkan batang mop di bahagian perut penguin ini. Bahagian perut penguin ini juga sangat lembut!

Felissimo

Berminat? Tunggu dulu. Masih ada lagi fungsi lain penguin comel ini!

Jika anda tidak mahu menggunakan penguin ini sebagai hiasan pada mop, anda juga boleh menggunakannya sebagai bekas tisu yang sangat comel. Jika diletakkan dalam bilik anak kecil, pastinya sangat sesuai dan comel sekali!

Felissimo

Harga pasaran bagi mop penguin ini ialah ¥3,630 (RM 143.90) sahaja.

Dengan kehadiran penguin yang comel dengan perut yang besar ini, pastinya kehidupan anda tidak lagi sebosan dahulu!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular