Membesarkan anak-anak adalah berbeza dari zaman ke zaman dan lebih-lebih lagi bagi zaman ini, dimana hampir kesemuanya berkait rapat dengan penggunaan teknologi.
Cabaran yang paling besar yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa adalah untuk mengawal anak-anak daripada penggunaan alat elektronik yang berlebihan.
Gambar hiasan/Unsplash
Molly DeFrank adalah seorang ibu yang telah menghentikan penggunaan skrin pada anak-anaknya, dan kesannya terhadap keluarganya adalah sangat mengejutkan.
Menurut Molly, pendedahan skrin kepada anak-anaknya telah memberi kesan yang buruk, sama seperti yang kajian telah nyatakan selama ini. Iaitu anak-anaknya menjadi “orang-orang kecil yang tidak fokus, garang dan gemar melawan.”
Gambar hiasan/Unsplash
Tambah Molly, saat yang paling memberi kesan kepadanya adalah apabila beliau tiba di rumah dari membeli barangan dan perkara pertama yang diminta oleh anak-anaknya adalah untuk bermain telefon bimbitnya.
“Bukannya “Hai!” Bukan “Mama!!!” Ringkasnya, “Hei, pemilik elektronik. Berikan saya alat itu.”” – Molly
Molly mempunyai lima orang anak di bawah umur sepuluh tahun, jadi permulaan proses itu bukanlah satu tugas yang mudah. Proses detoksifikasi skrin bermula sebagai projek 30 hari, tetapi hasil positif muncul begitu cepat sehingga tidak lama kemudian anak-anaknya mendapati bahawa mereka berada dalam keadaan yang lebih baik tanpa alat elektronik.
Apabila Molly dan suaminya mengumumkan keputusan untuk mengharamkan skrin sama sekali kepada semua anak-anaknya, terdapat pemberontakan yang berlaku. Mereka berasa marah dengan keputusan yang diambil ini!
Walau bagaimanapun, mereka tidak mengambil masa yang lama sebelum semuanya terbiasa dengan peraturan baharu.
“Untuk berhenti adalah sangat mudah tetapi mengejutkan, dan anak perempuan saya yang berumur sembilan tahun memberitahu saya beberapa kali bahawa dia gembira kerana kami telah mengharamkan penggunaan skrin.”
Kini, semua anak-anak Molly menghabiskan masa mereka dengan menyelak halaman muka surat berbanding menatal skrin gajet.
Bagaimanapun, Molly mengakui bahawa dengan mengharamkan semua penggunaan teknologi tidak semestinya merupakan jawapan yang lengkap.
“Teknologi boleh menjadi berguna – di tempat yang betul. Kuncinya adalah dengan membuat teknologi berfungsi untuk kita, bukan sebaliknya. “
Ternyata, perkongsian dari Molly ini mungkin boleh menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain yang menerima kesan yang sama daripada penggunaan gajet yang melampau. Selamat mencuba!
Maybe you're interested :
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- Tesco gantung produk pembekal dari China ekoran dakwaan buruh paksa
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan