Kebiasaannya, kebanyakan kucing memang tidak gemar berada dalam air, apatah lagi perlu berenang didalamnya.

Bagaimanapun, seekor kucing dari Hawaii ini nampaknya dilahirkan dengan minat dan kemampuan yang berbeza.

The Dodo/Facebook

Hokule, si kucing comel berwarna putih dengan tompokan kelabu kehitam-hitaman, diambil oleh pemiliknya, Alessia dan Pat di sebuah pusat penjagaan haiwan setelah mereka memutuskan untuk menjaga seekor haiwan peliharaan.

Pada mulanya, Hokule adalah seekor kucing yang sangat pemalu. Hokule akan menyorok di tempat yang sempit dan tidak mahu bergaul dengan manusia. Hokule juga akan menyorok di dalam selimut untuk menjauhkan diri. Tetapi, lama-kelamaan, Hokule mula berasa selesa dengan pemiliknya dan mempercayai mereka.

The Dodo/Facebook

Selepas itu, hubungan antara Hokule dan sepasang pemiliknya tidak lagi boleh dipisahkan.

“Hokule akan mengikut kami kemana sahaja. Walaupun ketika kami sedang mandi, Hokule akan berasa ingin tahu dan mahu mandi bersama kami. Hokule tidak bimbang dengan apa-apa air atau percikan dan Hokule hanya mahu berada dekat dengan kami,” jelas Pat kepada The Dodo.

The Dodo/Facebook

The Dodo/Facebook

Tambah pasangan ini lagi, mereka mula perasan bahawa Hokule tidak berasa takut dengan air apabila Hokule dengan tenang bermain di luar rumah walaupun hujan telah turun. Kemudian, Hokule juga tidak berasa gentar untuk bermain di kolam mandi.

Berikutan pemerhatian itu, pasangan ini memutuskan untuk membawa Hokule ke sebuah pantai yang tidak mempunyai ramai pengunjung dan mempunyai ombak yang tenang.

The Dodo/Facebook

Perlahan-lahan, mereka membiarkan Hokule untuk menyesuaikan diri di pantai, bermula dengan bermain pasir, dan kemudiannya bermain di gigi pantai.

“Kami lihat Hokule boleh berenang secara semulajadi dengan baik.

“Saya mempunyai papan peluncur di sana jadi saya letakkan Hokule di atas papan itu dan saya mendayung melintasi ombak yang kecil, dan Hokule kelihatan seperti menikmati pengalaman itu.”

The Dodo/Facebook

Dari situ, tahulah mereka bahawa Hokule tidak gentar dengan air, malahan boleh menikmatinya dengan tenang. Hebat!

Menurut pasangan ini, lama-kelamaan, Hokule semakin terbiasa dengan laut, dan mula melompat dari papan luncur dan berenang-renang sendirian. Mengagumkan!

The Dodo/Facebook

The Dodo/Facebook

Malahan, Alessia juga mengatakan bahawa Hokule adalah perenang yang sangat laju, lebih laju berbanding dirinya sendiri!

The Dodo/Facebook

Kini, tahulah mereka bahawa Hokule sememangnya adalah kucing yang lain dari yang lain. Hokule boleh lakukan apa yang kucing lain tidak mampu lakukan dan Hokule juga sangat menyukai aktiviti di laut.

The Dodo/Facebook

“Hokule temui dirinya berada dalam mod tenang, saya fikir laut itu sendiri menenangkannya,” simpul Alessia tentang kucing kesayangannya apabila berada di laut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular