Walaupun tugas sebagai pramugari selalunya kelihatan seperti mudah dan menyeronokkan, namun, sebenarnya tanggungjawab yang mereka galas adalah sangat besar, terutamanya apabila berdepan dengan situasi kecemasan.

Gambar hiasan. Kredit: Unsplash

Menurut laporan portal Sinchew.com, seorang pramugari yang bernama Zhang Qiqi dirakam berjaya melancarkan situasi cemas apabila salah seorang penumpang pesawat tiba-tiba mengadu kesakitan. Zhang Qiqi malahan sanggup mendukung pesakit di belakang badannya untuk dibawa keluar dari pesawat untuk rawatan lanjut daripada kakitangan perubatan. Memang menakjubkan!

Berdasarkan laporan, kejadian berlaku sebelum penerbangan berlepas dari Chengdu iaitu selepas semua penumpang telahpun masuk ke dalam kabin pesawat. Semasa rutin pemeriksaan keselamatan, pesakit yang mungkin sudah tidak mampu menahan kesakitan di bahagian perutnya telah menekan butang kecemasan yang memaklumkan kepada anak kapal tentang situasi kesihatannya pada ketika itu.

Wajah dan bibir pesakit yang telahpun pucat ketika itu serta-merta telah menyebabkan para anak kapal menjadi cemas dan meminta bantuan doktor yang berada di dalam kabin berkenaan untuk pemeriksaan kecemasan.

“Doktor di kabin itu datang dan memeriksa pesakit dan memberitahu kami bahawa denyutan penumpang lemah dan perlu dirawat.”

Setelah dimaklumkan kepada bahagian kecemasan dan ambulanspun telah tiba di tempat letak kereta yang ditetapkan, apa yang perlu dilakukan adalah untuk membawa keluar pesakit dari kabin pesawat ke muka pintu pesawat.

Tetapi, kerana ruangan kabin yang sempit, petugas kecemasan tidak boleh membawa keluar pesakit dengan menggunakan pengusung kecemasan. Tanpa berfikir panjang,  Zhang Qiqi terus memutuskan untuk mendukung pesakit di bahagian belakang badannya agar pesakit segera mendapatkan rawatan.

“Saya hanya fikir untuk menyelamatkan pesakit, dan hasilnya memang berjaya, apabila saya berfikir semula, saya juga terkejut, bagaimana saya mempunyai tenaga yang begitu banyak? Saya fikir mungkin kerana persekitaran pada masa itu, potensi. Maka, terjadilah,” komen Zhang Qiqi.

Akhirnya, penerbangan itu ditangguhkan selama 43 minit sebelum tiba di destinasinya, Beijing. Zhang Qiqi mengucapkan terima kasih kepada 175 orang penumpang pesawat kerana telah memberi kerjasama dan begitu memahami selepas dimaklumkan tentang situasi kecemasan yang berlaku.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular