Antara perkara paling biasa yang sering dilakukan oleh anak kecil ialah menjelirkan lidah mereka sehingga membuatkan mereka kelihatan lebih comel.

Kebanyakkan antara kita pasti menyangka semua itu adalah perkara normal, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana semua bayi melakukannya. Anda mungkin benar, tetapi kadangkala sebagai ibu bapa kita juga harus memastikan bahawa mereka memang benar-benar dalam keadaan baik apabila melihat cara mereka menjelirkan lidah.

Hal ini kerana, kadangkala mereka mahu memberitahu kita sesuatu dengan menjelirkan lidah mereka. Dan berikut adalah ‘mesej’ yang cuba disampaikan oleh bayi apabila mereka menjelirkan lidah mereka;

1. Mereka kelaparan.

© shutterstock.com/© depositphotos.com

Bayi mempunyai deria rasa pada lidah yang sangat sensitif dan jike mereka menjelirkan lidah itu tandanya mereka mahu memberitahu bahawa sudah masanya untuk mereka makan. Mereka memang akan menangis jika lapar, tetapi sebelum itu mereka akan memberikan isyarat dahulu kepada ibu bapa mereka supaya memberikan mereka makan.

Mereka akan meletakkan tangan mereka pada mulut, bermain dengan bibir atau mungkin bermain dengan botol susu mereka. Jadi, jika mereka menjelirkan lidah keluar ini mungkin mereka sedang memberitahu yang mereka kelaparan dan mahu makan.

2. Mereka kekenyangan.

© BE&W/East News

Bayi mungkin menjelirkan lidah mereka untuk menunjukkan bahawa mereka tidak mahu makan lagi. Untuk membezakan keadaan ini dengan bayi yang lapar, ibu bapa perlu memberi perhatian kepada bahasa tubuh bayi.

Jika mereka cuba mengelakkan diri daripada disuap makanan, atau mungkin mula menangis, itu tandanya bahawa mereka sudah kenyang.

3. Mereka hanya mahu bermain.

© Yavdat/easyfotostock/Eastnews/© shutterstock.com

Sejak kecil lagi bayi mula meniru ekspresi muka orang-orang di sekeliling mereka. Mereka melihat ekspresi wajah sebagai sebuah permainan atau gurauan buat mereka. Jadi, dengan menjelir lidah mereka sebenarnya mahu bermain dan berkomunikasi dengan kita.

Oleh itu, jika melihat mereka begini luangkan masa untuk bermain dengan mereka kerana hal ini boleh merapatkan hubungan antara bayi dan orang di sekeliling mereka.

4. Mereka cuba memberitahu bahawa mereka tidak bersedia untuk makan makanan pejal.

© depositphotos.com/© Dessie_bg/easyfotostock/Eastnews

Walaupun ahli pediatrik mengatakan bahawa ibu bapa sudah boleh memberikan makanan pepejal kepada bayi mereka pada usia sekitar 6 bulan, tetapi sesetengah bayi mungkin belum bersedia. Mereka mungkin tidak sedia untuk makan makanan pejal sehingga membuatkan mereka tidak selesa.

Untuk menyampaikan mesej ini, mereka mungkin akan menolak makanan itu keluar daripada mulut dengan menggunakan lidah. Jika bayi anda berterusan tidak mahu makan makanan pejal, adalah lebih baik jika anda membawa mereka berjumpa doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tahap kesihatan mereka.

5. Mereka mungkin sedang bernafas melalui mulut.

© shutterstock.com

Biasanya bayi bernafas melalui hidung mereka. Tetapi dalam sesetengah keadaan, sebagai contoh, apabila bayi menghidap selsema atau mengalami masalah dengan tonsil, mereka akan mula bernafas melalui mulut.

Jadi, untuk bernafas dengan mulut mereka akan mula menjelirkan lidah mereka. Jika anda melihat bayi anda mengalami kesukaran untuk bernafas segera bawa mereka berjumpa doktor.

6. Mereka mungkin menghidapi masalah kesihatan.

© shutterstock.com

Walaupun menjelirkan lidah adalah sesuatu yang normal buat bayi, namun kadang-kadang apa yang dilakukan mereka memberitahu kita bahawa mereka mungkin sedang mengalami masalah kesihatan.

Mereka mungkin mengalami masalah angin dalam badan atau mungkin juga mengalami otot yang lemah. Sekiranya anda mendapati anak kecil anda kerap menjelirkan lidahnya lebih daripada biasa, terlalu banyak air liur yang keluar, atau berkelakuan pelik, segeralah membawa mereka berjumpa doktor.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Kerjaya

Video Popular