Masalah gelandangan adalah salah sebuah masalah yang bagaikan tiada penamatnya. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa masalah ini bukan sahaja dialami oleh negara dunia ke-tiga malah turut dialami di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Hal ini menyebabkan seorang jurutera dari Perancis, Geoffroy de Reynal, muncul dengan sebuah idea iaitu untuk membina tempat perlindungan buat golongan gelandangan. Jadi, beliau telah mula membina tempat tinggal yang ringan, mudah dilipat dan mudah dialihkan ke mana-mana khas untuk mereka tiada tempat berlindung. Usaha juga telah menerima sokongan dan dorongan daripada masyarakat seluruh dunia.

Inspirasi untuk mewujudkan tempat perlindungan iglu

Beberapa tahun yang lalu, selepas bekerja di luar negara, Geoffroy kembali ke Paris dan terkejut melihat jumlah gelandangan di bandar itu. Ramai yang tidak mampu untuk mendapatkan tempat yang hangat dan selamat sehingga mereka terpaksa tidur di tepi-tepi jalan. Ketika itulah Geoffroy mula berfikir bagaimana caranya untuk membantu mereka. Beliau kemudian datang dengan idea untuk membina tempat perlindungan yang diperbuat daripada bahan yang ringan, murah dan hangat.

Prototaip pertama.

 

Dengan wangnya sendiri, Geoffroy  kemudian membina iglu pertama yang diperbuat daripada politena yang boleh membantu haba pada tubuh dipulihkan. Bahagian dalam iglu pula ditutup menggunakan aluminium, jadi suhu di dalam tempat perlindungan dapat mencapai lebih dari 50 ° F lebih tinggi daripada suhu di luar. Perlindungan iglu juga kalis air.

Pengumpulan dana dan sokongan di seluruh dunia

Setelah membuat prototaip di halaman belakang rumahnya sendiri di Bordeaux, Geoffroy memulakan kempen mengumpul dana secara atas talian dan hasil sokongan daripada orang di seluruh dunia, Geoffroy telah menerima lebih banyak daripada yang diharapkan – kira-kira $ 20,000 atau sekitar RM85,800.

Rumah iglu tidak menyelesaikan masalah tetapi ia hanya membuatkan kehidupan golongan gelandangan lebih mudah.

Kelebihan utama rumah iglu ini ialah ringan dan mudah dibawa. Buktinya, kira-kira sedozen tempat perlindungan ini boleh dimuatkan ke dalam van, seperti yang boleh dilihat dalam gambar di atas.

Walaupun Geoffroy berjaya mewujudkan rumah iglu ini tidak bermakna masalah gelandangan telah selesai bahkan menurut jurutera ini ia adalah tempat perlindungan sementara buat golongan gelandangan yang terpaksa tidur dalam kesejukan di tepi-tepi jalan.

Rancangan masa depan dan perspektif.

Di antara rancangan masa depannya, Geoffroy ingin menyelaraskan pengeluaran dan membuat beratus-ratus bahkan beribu-ribu rumah iglu seperti ini, serta meningkatkan reka bentuk seperti menambah roda untuk memudahkan pengangkutan dan mewujudkan iglu yang lebih besar untuk keluarga. Beliau juga berkata bahawa adalah lebih baik jika rumah iglu seperti ini dibuat juga di negara-negara lain.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular