Mendidik anak kecil merupakan satu tanggungjawab yang amat berat bagi setiap ibu bapa. Tiada siapa mahu memberikan didikan yang salah kepada anak masing-masing. Kita semua mahukan anak kita menjadi seorang yang bukan sahaja memiliki masa depan yang cerah tetapi juga mempunyai peribadi yang baik, berbudi pekerti dan nilai-nilai moral yang lain.

Ada segelintir ibu bapa menggunakan pendekatan rotan dan teguran keras kepada anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalaman peribadinya berhadapan dengan seorang ibu yang berupaya memberikan didikan terbaik kepada anak gadisnya. Cara ibu ini memberikan pengajaran kepada anaknya itu ternyata telah menyentuh hati netizen sekali gus meraih banyak pujian dari pengguna media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rick Ricky Riri Ricardo (@rickfreddie) on

Gambar Hiasan 

Menurut perkongsian netizen itu, kisah ini terjadi di sebuah restoran berhawa dingin. Ketika para pelanggan sedang menjamu selera, restoran itu dikunjungi oleh pasangan ibu dan anak lelaki yang ingin menjamu selera di sana. Kemunculan pasangan ini mengundang rasa tidak senang seorang kanak-kanak perempuan yang secara spontannya berkata:

“Ibu, pakaian pak cik dan mak cik itu kotor. Mereka langsung tidak mandi sebelum datang ke sini”.

Gambar Hiasan | Radium

Kanak-kanak ini merujuk kepada anak-beranak yang masuk ke restoran tersebut dalam keadaan pakaian mereka masih mempunyai kesan tanah. Terkejut dengan respon anak kesayangannya itu, ibu ini tidak melatah sebaliknya mengambil kesempatan untuk menerangkan secara jelas situasi berkenaan.

“Kamu tidak boleh berkata begitu. pak cik dan mak cik itu membantu membina rumah untuk kita. Mereka harus bekerja setiap masa supaya kita mempunyai tempat tinggal”.

Gambar Hiasan | TripAdvisor

Kata ibu itu lagi, “Ketika kamu berada di sekolah, apa yang kamu lakukan ketika matahari terik? Cikgu akan suruh kamu segera masuk ke kelas bukan? Tetapi pak cik dan mak cik ini tidak boleh berehat kerana perlu segera menyiapkan rumah. Jadi, mereka datang ke tempat berhawa dingin dan akan sambung bekerja selepas makan. Pekerjaan mereka sangat susah bukan?”.

Anak kecil ini mendengar penjelasan ibunya satu persatu sambil mengangguk tanda setuju. Ketika ditanya sama ada adakah wajar untuk kita mentertawakan pakaian kotor orang lain, kanak-kanak ini segera menggelengkan kepalanya dan menyedari kesilapan tersebut.

Gambar Hiasan | Skeeze

Ternyata, pengajaran yang diberikan oleh ibu ini amat berkesan meskipun ia tidak melibatkan pendekatan berbentuk rotan atau teguran dalam nada tinggi. Lebih mengagumkan lagi, kanak-kanak ini yang serba salah dengan kata-katanya telah melakukan satu tindakan di luar jangkaan sambil diperhatikan oleh pelanggan lain di restoran tersebut.

Kanak-kanak ini telah menuangkan dua cawan teh dan menghidangkannya kepada pasangan anak-beranak itu sambil berkata, “Saya minta maaf. Saya tidak patut mentertawakan pakaian pak cik dan mak cik”.

Gambar Hiasan | Kelvin Octa

Tindakan anak kecil ini mendapat pujian daripada kedua-dua beranak itu terutamanya kepada si ibu kerana telah berjaya memberikan didikan yang sempurna untuk anak kesayangannya. Sememangnya, tidak kira apa jua pekerjaan yang dilakukan, setiap individu perlu mendapat layanan yang sama rata dan dihormati. Ini adalah satu nilai murni yang sangat penting dalam membentuk peribadi dan akhlak yang mulia.

Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa. Kaedah didikan yang melibatkan jeritan dan rotan sebenarnya hanya akan memberikan kesan yang negatif kerana anak-anak akan meniru setiap perbuatan yang dilihatnya. Jadi, jika anda inginkan anak-anak yang sopan dan baik, ianya harus bermula dari diri anda sendiri.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular