Bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho berhadapan hukuman penjara 6 bulan di Paraguay selepas ditahan pihak berkuasa negara itu kerana menggunakan pasport palsu pada 5 Mac 2020.

Ronaldinho dan abangnya diberkas pihak polis ketika cubaannya memasuki Paraguay dengan menggunakan pasport palsu menemui kegagalan ekoran statusnya sebagai selebriti bola sepak yang dikenali di seluruh dunia. Turut ditahan ialah pengurus perniagaan, Roberto Assis.

Ronaldinho dan abangnya difahamkan menerima jemputan ke Paraguay oleh seorang pemilik kasino dan dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam klinik bola sepak untuk kanak-kanak dan majlis pelancaran sebuah buku.

@Football_Tweet/Twitter

Akibat kegagalannya menunjukkan dokumen perjalanan yang sah, bekas bintang Barcelona dan AC Milan ini bersama abangnya telah menghabiskan beberapa malam di dalam lokap polis selepas hakim enggan memberi ikat jamin.

Hakim Clara Ruiz Diaz berkata kesalahan tertuduh amat serius kerana telah melanggar kepentingan negara Paraguay, maka sebarang ikat jamin tidak dibenarkan.

Peguam Ronaldinho, Adolfo Marin berkata Ronaldinho tidak tahu bahawa dirinya telah melakukan apa-apa kesalahan ketika cuba memasuki Paraguay dengan menggunakan pasport yang tidak sah.

“Mahkamah tidak mengambil kira hakikat bahawa Ronaldinho tidak sedar yang dia telah melakukan jenayah, kerana dia tidak sedar yang dia telah diberikan dokumen palsu oleh pengurusnya. Dia bodoh,” kata peguam Adolfo kepada media.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ronaldinho (@ronaldiinho10) on

ronaldiinho10/Instagram

Keputusan hakim itu telah menarik perhatian Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang mahu kerajaan Paraguay campur tangan untuk membebaskan Ronaldinho.

Ronaldinho masih diberi peluang dalam karier bola sepak yang kini sedang menjunam apabila beliau telah dilantik menjadi duta pelancongan Brazil sejak September 2019.

Entah di mana silapnya, Ronaldinho yang masih dianggap sebagai bintang bola sepak dengan menjadi idola ramai kini dilaporkan telah jatuh muflis dan dibebani masalah kewangan.

Ronaldinho dilaporkan meraih pendapatan sekitar RM450 juta (100 juta pound sterling) ketika bersama kelab Barcelona dan AC Milan, dan karier bola sepaknya semakin merosot selepas pulang ke Brazil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ronaldinho (@ronaldiinho10) on

ronaldiinho10/Instagram

Menurut laporan media, kelab bola sepak yang diwakilinya di Brazil, Flamengo tidak mampu membayar gajinya iaitu yang bermula antara RM450,000 sehingga diturunkan kepada RM131,000 seminggu menyebabkan beliau meninggalkan kelab itu dan melompat pula ke kelab Atletico Mineiro, Queretaro dan Fluminense dengan prestasinya yang terus merosot.

Selepas semua kontrak lumayan menerusi tajaan iklan syarikat besar tidak lagi disambung, pendapatan Ronaldinho terus merosot tetapi beliau terus mengamalkan cara hidup mewah, sekaligus menyaksikannya berdepan dengan masalah kewangan yang serius.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ronaldo de Assis Moreira (@ronaldinho) on

ronaldinho/Instagram

Akibatnya, Ronaldinho terpaksa menggadaikan beberapa aset peribadinya untuk membayar hutang dan dikatakan wang berbaki di dalam poketnya hanya sekitar RM27 (5 pound sterling).

Ke mana perginya kesemua wang Ronaldinho yang banyak? Jika wang itu tidak dibelanjakan secara boros, ia mungkin sudah terlebih mencukupi sehingga ke usia persaraannya dan dirinya tidak pula berdepan masalah seperti mana orang terdesak.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular