KANADA- Dunia dikejutkan dengan berita mengenai isteri kepada Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang dilaporkan positif dengan COVID-19 selepas pulang dari United Kingdom.

Sophie Grégoire Trudeau memberitahu bahawa pada petang Khamis beliau telah disahakan positif COVID-19 setelah melakukan ujian dan akan dikuarantin selama 14 hari. Namun, simptom yang dialami adalah ringan.

Tambahnya lagi walaupun apa yang sedang dialami adalah sesuatu yang tidak selesa beliau akan sembuh semula tidak lama lagi. Baginya dikuarantin di rumah bukanlah satu masalah besar jika dibandingkan dengan mereka, rakyat Kanada yang mengalami masalah kesihatan yang lebih serius.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pula masih kekal sihat tanpa apa-apa gejala wabak Koronavirus tetapi memutuskan untuk bekerja dari rumah selama dua minggu selepas isterinya disahkan postif COVID-19. Hal ini akan menjejaskan rancangan beliau untuk melakukan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung bagi membincangkan isu kejatuhan ekonomi ekoran wabak Koronavirus serta isu kejatuhan harga minyak yang berlaku baru-baru ini.

Sebagai sebuah negara yang banyak bergantung kepada eksport bahan api fosil, kebimbangan semakin meningkat apabila negara itu mengalami kemelesetan ekonomi. Pada hari Rabu lalu, kerajaan Kanada telah mengumumkan pelan 1 bilion dolar untuk menangani kebimbangan terhadap virus, termasuk pembiayaan tambahan untuk penyelidikan perubatan. Beliau dan timbalannya, Chrystia Freeland merancang untuk bercakap dengan pemimpin wilayah melalui telefon esok.

Keputusan Trudeau untuk mengasingkan diri adalah mengikut apa yang dilakukan oleh dua anggota kabinetnya, Menteri Perdagangan, Mary Ng dan Menteri Sumber Asli, Seamus O’Regan. Mereka telah memilih untuk mengasingkan diri setelah disahkan menghidap COVID-19 selepas hadir di persidangan perlombongan besar di Toronto di mana salah seorang daripada peserta didiagnosis dengan Covid-19. Para pegawai kesihatan telah meminta semua 25,000 orang yang hadir untuk memantau sebarang gejala Koronavirus.

Sehingga kini, Kanada mencatatkan 117 kes dengan satu kematian. Pada hari Khamis, 17 kes baru dilaporkan di Ontario, wilayah paling ramai penduduk di negara itu yang disahkan berlaku pada mereka yang pulang dari luar negara.

Sumber: The Guardian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular