Tidak semua orang beruntung dilahirkan dengan segala kemewahan dan kekayaan. Ada ramai antara kita yang perlu berjuang setiap hari untuk meneruskan hidup.

Kerja-kerja yang dilakukan juga bukan kerja mudah dan ringan malah sehingga ada yang sanggup berpanas dan berhujan semata-mata untuk mencari rezeki.

Eris Riswandi/Facebook 

Kesukaran itu jugalah yang dialami oleh seorang penjual di Karawang, Indonesia ini apabila dia harus menjual makanan ringan di jalan-jalan sebagai mata pencariannya.

Namun, semua itu tidak semudah yang difikirkan apabila jualannya tidak laku sehingga dia kelaparan. Dia akhirnya menangis di sebuah lorong kecil mungkin kerana terlalu sedih dan kecewa.

Kisah menyentuh hati ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Eris Riswandi dan telah dikongsikan lebih daripada 16,000 kali. Diharapkan kisah ini boleh dijadikan pengajaran buat semua.

Eris Riswandi/Facebook

Tidak kira di mana, jika terserempak dengan penjual seperti ini, jangan teragak-agak untuk membantu dengan membeli jualan mereka.

Dengan hasil yang sedikit itulah yang membolehkan mereka untuk terus kuat dan bertahan hidup.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular