KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kerjasama dengan pihak swasta untuk melancarkan perkhidmatan pengambilan sampel Covid-19 di rumah tanpa memerlukan orang awam untuk datang ke pusat rawatan bagi mendapatkan pemeriksaan.

YouTube

Berdasarkan kenyataan tersebut, orang awam yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini boleh memuat naik aplikasi berkaitan bagi menentukan masa lawatan ke rumah untuk tujuan pengambilan sampel.

Perkhidmatan pengambilan sampel ini akan dilakukan oleh pegawai perubatan dan paramedik swasta yang terlatih dan sampel tersebut seterusnya akan dihantar ke makmal untuk dianalisis.

“Bagaimanapun, perkhidmatan pengambilan sampel Covid-19 ini akan dikenakan caj oleh pihak syarikat swasta berkenaan melibatkan kos di antara RM600 ke RM700 ,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelas beliau lagi, “Pada masa ini, persampelan dilakukan kepada mereka yang dikenal pasti iaitu PUI (Patient-Under-Investigation) namun ada segelintir mereka yang khuatir dan ingin mendapatkan ujian Covid-19 tetapi tidak menepati kriteria PUI. Dengan ini, kementerian tiada halangan bagi mereka yang ingin mendapat ujian ini daripada pihak swasta”.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pelancaran ‘Uberisation: Home Sampling Covid-19’. Kerjasama ini turut melibatkan 11 syarikat swasta seperti:

  • Bookdoc
  • DoctorOnCall
  • Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
  • Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
  • Qualitas Medical Group Sdn Bhd
  • Gleneagles Kuala Lumpur
  • Twin Tower Medical Centre KLCC
  • Pantai Hospital Kuala Lumpur
  • Pantai Hospital Cheras
  • Pantai Hospital Klang
  • Pantai Hospital Ayer Keroh

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular