INDONESIA – Tiga sekeluarga dari Banyuwangi, Jawa Timur yang mengalami muntah, sakit kepala dan sesak nafas setelah makan ikan buntal, disahkan meninggal dunia.
Ikan buntal berkenaan dipercayai dipancing oleh Muhlis Hartono yang berusia 65 tahun, sebelum dimasak oleh isterinya, Dewi Ambarwati yang berumur 50 tahun sebelum.
Hidangan itu kemudiannya dijamu dan dinikmati pasangan itu bersama ibu Dewi, Siti Habsah yang berusia 80 tahun.
Menurut Ketua Polis Banyuwangi, Kombes Arman Asmara Syarifuddin, pasangan itu meninggalkan seorang anak yang masih kecil, yang kini diserahkan di bawah jagaan saudara pasangan berkenaan.
Mereka yang mengalami muntah dan sakit kepala, kemudian telah dikejarkan ke hospital berhampiran. Namun disahkan meninggal dunia ekoran mengalami keracunan.
Pihak berkuasa kini difahamkan sedang menjalankan ujian kimia bagi mengetahui kandungan pada masakan dan juga ikan buntal terbabit.
Spesies ikan ini adalah beracun kerana mengandungi ‘tetrodotoxin’ – sejenis toksik yang amat berbahaya, di mana 25 miligram sahaja sudah cukup untuk membunuh manusia dalam beberapa jam sahaja.