Dua ekor zirafah putih dengan spesies unik yang jarang ditemui telah dibunuh oleh pemburu haram di timur laut Kenya, demikian dilaporkan oleh ahli konservasi.

Ranger hutan telah menemui bangkai satu-satunya zirafah putih betina dan anaknya di sebuah kampung di Garissa County, timur laut Kenya.

“Zirafah putih ketiga masih hidup, bermakna kini hanya terdapat seekor sahaja zirafah putih yang tinggal di dunia,” tambah ahli konservasi itu.

YouTube/Paparan Skrin

Penampilan putih zirafah berkenaan adalah disebabkan oleh keadaan mutasi kulit yang jarang berlaku dipanggil leucisme, yang menyebabkan sel-sel kulit tidak mempunyai pigmentasi.

Berita mengenai zirafah putih tersebut telah tersebar di seluruh dunia selepas gambar mereka disiarkan pada tahun 2017.

Pengurus Pemelihara Komuniti Ishaqbini Hirola, Mohammed Ahmednoor, berkata kedua-dua zirafah putih yang telah terkorban itu kali terakhir dilihat kira-kira tiga bulan yang lalu.

giraffe/Instagram

“Ini adalah hari yang amat menyedihkan bagi komuniti Ijara dan Kenya secara keseluruhannya. Kami adalah satu-satunya komuniti di dunia yang menjadi penjaga zirafah putih,” kata Mohammed Ahmednoor dalam satu kenyataan di Facebook.

“Pembunuhan haram itu adalah satu tamparan hebat kepada langkah-langkah yang diambil oleh komuniti untuk memulihara spesies yang jarang ditemui dan unik, satu panggilan untuk kami terus bangkit menyokong usaha pemuliharaan,” katanya.

Pemburu haram yang melakukan kegiatan jenayah kejam ini masih belum dapat dikenal pasti dengan motif pembunuhan zirafah putih berkenaan tidak dapat dijelaskan.

YouTube/Paparan Skrin

Persatuan Hidupan Liar Kenya yang merupakan badan pemuliharaan utama di negara Afrika Timur, mengatakan pihak mereka sedang menyiasat pembunuhan itu.

Pemuliharaan tersebut berada di kawasan luas yang tidak dipagari di mana usaha pemeliharaan dan pemuliharaan dilakukan dalam beberapa perkampungan.

Kumpulan zirafah putih tersebut pertama kali dilihat di Kenya pada Mac 2016 iaitu kira-kira dua bulan selepas mereka dilihat di Tanzania.

world_.picture/Instagram

Yayasan Hidupan Liar Afrika melaporkan, kira-kira 40% spesies zirafah telah hilang di dunia dalam masa 30 tahun akibat aktiviti pemburuan haram yang ingin mendapatkan daging dan kulitnya.

International Union for Conservation of Nature (IUCN) melaporkan populasi zirafah semakin terancam apabila jumlahnya hanya tinggal 97,000 ekor pada tahun 2015 berbanding 155,000 ekor pada tahun 1985.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular