Ada banyak perkara tidak dijangka boleh berlaku apabila anda berjalan keluar rumah pada waktu pagi, tetapi ia tidak semestinya begitu mengejutkan seperti yang terjadi kepada Chad Morris.

Chad Morris sedang bercuti bersama keluarganya di Gatlinburg, Tennessee apabila pada pagi itu, ibu bapanya tiba-tiba berteriak memintanya keluar dari kabin dan dia bagai tidak percaya dengan kejadian mengejutkan yang dilihatnya.

Chad melihat seluruh keluarga beruang sedang berada di dalam keretanya yang tidak ditutup tingkap dan kelihatan mereka ini seperti hendak mencuri keretanya itu.

“Sebaik sahaja saya melihat mereka, tiga ekor anak beruang itu telah melompat masuk ke dalam kereta,” kata Chad.

Tiga ekor anak beruang rupanya pandai bermain stereng di kerusi pemandu dan bermain-main di dalam kereta itu sambil ibu beruang pula duduk berhampiran memerhatikan anak-anaknya seronok bermain.

Walaupun beruang-beruang itu sedar dan sedia maklum Chad Morris sekeluarga sedang memerhatikan mereka sekeluarga, namun perhatian itu tidak dipedulikan.

Namun, setelah menyedari kereta Chad tidak bergerak, anak-anak beruang ini memutuskan untuk melompat keluar dan melakukan cubaan mencuri kereta lain pula.

“Mereka melompat keluar dari tingkap kereta saya yang terbuka dan dua daripadanya berdiri di sebelah kereta ibu bapa saya, tetapi tingkapnya semua tertutup rapat.” kata Chad. 

Selepas lima minit berlegar-legar di sekitar kereta itu, keluarga beruang ini menjadi bosan dan memutuskan untuk kembali ke dalam hutan menuju ke arah pergunungan bersama-sama.

Akhirnya, kereta Chad Morris dipenuhi beberapa kesan cakaran dan calar di kerusi berkulit yang terkoyak dengan sedikit minuman protein Chad telah terusik. 

Sementara bola sepak kepunyaan anak lelaki Chad pula mempunyai beberapa tanda cakaran di atasnya.

Apa yang penting, keluarga Chad Morris semuanya selamat dan nasib baik keluarga beruang ini hanya membuat kacau minima yang comel serta melucukan juga tidak pula membahayakan.

Silap Chad juga kerana tidak menutup rapat kesemua tingkap keretanya, membuka peluang anak-anak beruang itu ‘memecah masuk’ dengan mendapat kebenaran ibunya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular