Seorang pekerja Sunway Putral Mall telah didiagnosis dengan COVID-19 selepas menjalani ujian saringan, di mana ia dikatakan berpunca daripada kontak rapat dengan pengujung di luar daripada pusat beli belah tersebut.

Kontak rapat kepada pekerja terbabit pula kini difahamkan telah menerima rawatan di hospital kerajaan. Menerusi satu kenyataan rasmi, Sunway Group telah mengesahkan perkara berkenaan yang berlaku pada 11 Mac.

Posted by Sunway Putra Mall on Wednesday, March 11, 2020

Menurut pihak Sunway Group, mereka telah menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) agar siasatan dapat dijalankan dalam kadar segera, di samping kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh dapat dilakukan.

“Kami juga telah meningkatkan kekerapan pembersihan dan kerja-kerja pembasmian kuman pada setiap hari.

Posted by Sunway Putra Mall on Wednesday, March 11, 2020

Menurut panduan yang telah digariskan oleh PKD, mana-mana individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan pekerja tersebut adalah diwajibkan untuk dikuarantin di rumah masing-masing.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Sunway Putra Mall juga bersedia untuk menghubungi pekerja yang terlibat untuk memberi panduan serta sebarang bantuan dan sokongan yang mungkin diperlukan.

Posted by Sunway Putra Mall on Wednesday, March 11, 2020

Susulan penularan wabak berkenaan, Sunway Group difahamkan telah mengambil langkah berjaga-jaga dan pembersihan yang ketat pada keseluruhan bangunan untuk mengurangkan risiko kesihatan pekerja dan komuniti.

“Kami telah mengeluarkan garis panduan untuk melindungi kesejahteraan pekerja kami, meliputi keselamatan di tempat kerja, pejumpaan dan juga perjalanan terhadap semua potensi penyebaran virus”.

Kumpulan itu juga berjanji untuk terus mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan dan memantau keadaan dengan lebih teliti untuk memastikan keselamatan dan kesihatan individu yang terlibat.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular