PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan sebanyak tujuh wilayah di Itali, Jepun dan juga Iran telah dikenakan sekatan perjalanan susulan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

MANAN VATSYAYANA/AFP via Getty Images

Wilayah di Itali yang dimaksudkan adalah Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna. Manakala wilayah Hokaido di Jepun serta Tehran, Qom dan Gilan di Iran.

“Kerajaan telah memutuskan untuk mengehadkan sementara pelawat tanpa mengira kewarganegaraan daripada memasuki Malaysia jika mereka berada di bandar atau wilayah ini dalam tempoh 14 hari sejak ketibaan mereka di negara kita”.

“Rakyat Malaysia juga dinasihati untuk menangguhkan perjalanan ke kawasan-kawasan berikut buat sementara waktu”, kata Noor Hisham.

Sebelum ini, Malaysia telah mengenakan sekatan perjalanan kepada pelancong dari bandar Daegu dan daerah Cheongdo di Korea Selatan, serta wilayah Hubei, Zhejiang dan Changdu di China.

Tambahnya lagi, rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, meningkatkan penjagaan kesihatan peribadi mereka dan sentiasa mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pihak kerajaan akan terus melaksanakan langkah strategik selain memastikan langkah pencegahan yang komprehensif diambil bagi menangani penularan COVID-19 secara berkesan.

“Mana-mana rakyat Malaysia atau penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tiba dari tiga negara berkenaan akan dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah selama 14 hari di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988”.

Sehingga 11 Mac, Malaysia mencatatkan peningkatan kes menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 149 manakala pesakit kes ke-78 difahamkan telah sembuh dan discaj daripada Hospital Kuala Lumpur.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular