Sejak akhir tahun lalu, dunia digemparkan dengan penularan COVID-19 ataupun sebelum ini dikenali sebagai pneumonia Wuhan. Dek kerana penyembunyian awal oleh Parti Komunis China (PKC), maka ia menjadi satu wabak yang menggerunkan buat masyarakat di seluruh dunia.

Virus berkenaan dengan pantas merebak, menjadikan individu yang dijangkitinya kian bertambah sekaligus turut mengorbankan banyak nyawa. Berikutan dengan penyebaran radang paru-paru di Wuhan itu, ia dengan jelas menunjukkan arah dan sasaran virus tersebut yang ditujukan kepada PKC.

Dalam pada krisis virus tersebut yang kian meruncing, pihak kerajaan dan rakyat daripada pelbagai negara di dunia perlu mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan lebih banyak lagi individu yang dijangkiti dengannya.

Jadi apakah kaitannya dengan PKC? Mengikut sejarah, PKC dahulunya agak sinonim dengan peperangan, kebuluran, wabak penyakit dan juga kematian. Sepanjang memerintah selama 70 tahun, PKC telah membunuh 80 juta orang selain memusnahan budaya dan moral Cina tradisional.

Khususnya dalam tempoh 30 tahun yang lalu, para pelajar dibunuh pada tahun 1989 selain penindasan yang dilakukan terhadap pengamal Falun Gong pada tahun 1999. Ditambah lagi dengan keganasan, penindasan dan juga pembohongan kepada orang awam hari ini.

Sepanjang 40 tahun yang lalu, Parti Komunis – wakil semangat jahat Komunis, telah menyebar komunisme ke negara-negara membangun di Asia, Afrika, Amerika Latin sehingga ke negara-negara maju di Eropah dan Amerika Syarikat. PKC  menggunakan faedah ekonomi sebagai umpan, menggunakan globalisasi, Institut Confucius, dan “Belt and Road” sebagai alasan, dan pelbagai saluran seperti politik, ekonomi, budaya, pendidikan, sains dan teknologi telah digunakan untuk menyebar ideologinya ke pelbagai negara, “untuk menjauhkan orang dari Tuhan dan mengkhianati Tuhan, dan akhirnya memusnahkan manusia sebagai matlamatnya.”

Ia dilihat menjadi punca dan penyebab bencana besar melanda China (seperti COVID-19) yang turut menjejaskan masyarakat dunia. Menerusi buku “Nine Commentaries”, ia menekankan terhadap teras komunisme adalah satu semangat jahat dan ia bertujuan untuk menghancurkan kemanusiaan.

Dalam pada itu, banyak negara yang mahu mengukuhkan hubungan dengan PKC tanpa mengambil kira tentang ‘bencana’ yang bakal berlaku. Ianya sama seperti COVID-19 ini yang telah merebak ke serata dunia, lebih-lebih lagi terhadap negara, bandar, organisasi serta individu yang berkait rapat dengan China.

Rakan sekutu PKC, Iran mengalami epidemik yang serius

(Photo by BANARAS KHAN/AFP via Getty Images)

Sehingga kini, China merupakan negara yang menerima kesan paling buruk ekoran wabak ini. Sehingga 9 Mac, PKC telah memaklumkan sejumlah 80,954 kes disahkan di negara berkenaan dan juga sebanyak 3,136 jumlah kematian yang direkodkan.

Sungguhpun begitu, model pengiraan oleh komuniti perubatan antarabangsa beserta dengan temubual dan kaji selidik yang dijalankan oleh Epoch Times serta media lain mendapati bahawa jumlah pesakit sebenar yang dijangkiti COVID-19 adalah melebihi jumlah yang diumumkan PKC.

Pakar daripada Eropah dan Amerika Syarikat menganggarkan bahawa jumlah pesakit sebenar di China adalah sepuluh kali ganda jumlahnya daripada data rasmi yang dikeluarkan. Sehingga 11 Mac, terdapat 5 negara dengan kes kumulatif melebih 1,000 selain daripada China.

Negara terbabit adalah Itali (10,149), Iran (8,042), Korea Selatan (7,513) dan diikuti dengan Perancis (1,784) serta Sepanyol (1,695). Manakala negara yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi selain China adalah Itali (631) dan Iran (291).

Iran berada di tempat ketiga setakat ini di belakang Itali dan ia adalah disebabkan oleh tindakan menyembunyikan perkara sebenar memandangkan negara tersebut mengamalkan pemerintahan autoritarian yang sama seperti PKC.

Sama seperti di China, kes-kes yang disahkan di Iran juga dipercayai telah dimanipulasi serta ‘dikurangkan’ dengan ketara. Ia dibuktikan apabila The Washington Post mendedahkan tentang data yang bocor daripada hospital di Tehran, di mana jumlah kes adalah 5 kali ganda daripada jumlah yang dilaporkan.

Bahkan data yang didedahkan oleh media tempatan Iran pula adalah sebanyak 10 kali ganda melebihi angka rasmi yang dikeluarkan. Keadaan masyarakat di sana difahamkan lebih kurang sama dengan penduduk Wuhan – mayat bergelimpangan dan individu rebah di jalanan.

Perlu dijelaskan bahawa virus ini lebih cenderung disasarkan kepada para pegawai kanan Iran, di mana ia telah pun menjangkiti sekurang-kurangnya 24 ahli parlimen Iran termasuklah Naib Presiden I dan juga Timbalan Menteri Kesihatan.

Seperti yang kita ketahui, Iran merupakan ‘teman rapat’ kepada PKC lebih-lebih lagi dalam aspek bekalan senjata. PKC sudah lama memberi bantuan senjata selain menyokong pertumbuhan ekonomi Iran.

Selain itu, ia turut disumbangkan oleh bekalan sumber tenaga yang banyak di Iran di samping kedudukan strategiknya yang penting di kawasan Timur Tengah. Dasar Islam radikal yang diamalkan oleh negara terbabit juga turut menimbulkan ancaman besar terhadap negara-negara demokratik.

PKC difahamkan bukan sahaja mengeksport senjata seperti peluru berpandu, jet pejuang dan kapal selam ke Iran, bahkan turut menyediakan kemudahan teknologi senjata nuklear utama Iran yang mampu mengancam dan menyekat kuasa negara-negara demokrasi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan AS berulang kali telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Iran yang mengancam menerusi senjata nuklearnya. PKC pula secara terang-terangan telah mencabuli embargo perdagangan dan import minyak Iran dalam jumlah besar sebagai satu bentuk sokongan ekonomi terhadap Iran.

Beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat di bawah pengaruh PKC seperti ZTE dan Huawei berulang kali dikenakan sekatan oleh kerajaan AS ekoran telah melanggar larangan antarabangsa selain menyediakan tekonologi ketenteraan dan awam yang sulit kepada Iran.

Menerusi rancangan ‘Belt and Road’ yang dilancarkan oleh PKC pada tahun 2013 untuk menyebarkan kepimpinan komunisnya, Iran dilihat sebagai hab strategik untuk menembusi Eropah, Asia dan Afrika. Sejak 10 tahun lalu, PKC telah menjadi rakan dagangan dan pelaburan terbesar di Iran.

Perjanjian ‘Belt and Road’, Itali jadi negara Eropah dengan epidemik paling teruk

(Photo by Jan Hetfleisch/Getty Images)

Pada 9 Mac, Perdana Menteri Itali telah mengumumkan tentang sekatan peringkat kebangsaan bagi mengelakkan peningkatan jangkitan COVID-19, melainkan atas urusan kerja dan kecemasan. Lebih 60 juta penduduk di seluruh negara tidak dibenarkan keluar.

Itali yang sebelumnya tenang dan tenteram, dilanda ‘bencana’ – sekatan, rusuhan, rompakan dalam sekelip mata. Itali secara dasarnya percaya bahawa PKC dan propaganda pro-komunis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) gagal mengawal ketat pelancong dari China dan proses kuarantin.

Walau bagaimanapun, punca utama kepada penularan wabak ini di Itali adalah disebabkan oleh hubungan rapat antara kerajaan Itali dengan PKC. Sebagai anggota Kumpulan G7 dan juga negara demokrasi yang maju, Itali telah membentuk sekutu dengan PKC pada Mac tahun lalu.

Walaupun mendapat tentangan pembangkang yang pro-Barat, namun Itali telah menjadi negara Eropah pertama yang menandatangani perjanjian “Belt and Road” dengan PKC bertujuan untuk mengukuhkan perkongsian strategik yang komprehensif.

Kemelesetan ekonomi yang melanda Itali beberapa tahun kebelakangan ini telah memberi gambaran bahawa perjanjian bersama PKC itu akan membawa manfaat. Daripada sudut pelancongan pula, para pelancong China juga akan membawa beberapa manfaat kepada ekonomi.

Namun ia juga mendatangkan kesan negatif terutamanya apabila melibatkan pelancong yang tidak bertamadun. Misalnya wabak COVID-19 ini yang ternyata merugikan ekonomi. Difahamkan bahawa Itali dan PKC telah membentuk 74 pasang ‘bandar persahabatan’ termasuklah di Lombardy (kawasan paling terjejas dengan COVID-19), Milan, Venice dan Bergamo.

Negara Eropah yang menjadi rakan PKC turut mengalami epidemik yang buruk

Rakan negara PKC seperti Perancis dan Jerman juga tidak terkecuali daripada wabak berkenaan, apabila lebih daripada 1,000 kes dicatatkan. Di Perancis, Menteri Kebudayaan difahamkan telah didiagnosis dengan jangkitan berkenaan.

Kedua-dua negara tersebut mempunyai satu persamaan iaitu hubungan rapat dengan PKC beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh, ketika PKC berusaha untuk menembusi dunia dengan teknologi 5G Huawei, kerajaan Perancis dan Jerman tidak mempedulikan amaran daripada AS dan memutuskan untuk tidak mengecualikan Huawei daripada rangkaian 5G mereka.

Ketika sidang akhbar di Paris pada 26 Mac 2019, Canselor Jerman memuji inisiatif ‘Belt and Road’ sebagai pelan yang sangat penting dan keinginan untuk menyertainya. Kawasan Oise dan Rhine-Westphalia Utara yang terjejas teruk dengan wabak itu juga merupakan kawasan yang mempunyai hubungan rapat dengan PKC, di mana mereka telah menubuhkan perhubungan erat dengan Wilayah Qinghai dan Jiangsu.

Negara berhampiran China tidak begitu rapat antara satu sama lain

Berbeza dengan negara-negara Eropah, AS dan Timur Tengah, keadaan epidemik di kawasan sekitar tanah besar China lebih mencerminkan hubungan ‘dekat tapi jauh’ dengan PKC, memandangkan setakat 11 Mac, sejumlah 7,513 kes dilaporkan berlaku di Korea Selatan.

(Photo by Ezra Acayan/Getty Images)

Manakala sebanyak 518 kes pula dilaporkan di Jepun, iaitu negara yang dipisahkan dengan laut. Di Hong Kong pula sebanyak 118 kes dicatatkan bersama 3 kes kematian. Sementara di Taiwan pula hanya 45 kes dengan 1 kematian. Kes awal di Hong Kong semuanya berasal dari tanah besar, kemudian menjangkiti polis dan kakitangan pro-kerajaan.

Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, dan Taiwan merupakan antara negara jiran yang berdekatan dengan China namun penularan wabak tersebut tidak berlandaskan jarak, sebaliknya hubungan dengan pihak PKC.

Sejak penubuhan hubungan diplomatik dengan PKC pada tahun 1992, hubungan Korea Selatan-China secara beransur-ansur bertambah erat. Kerajaan Korea Selatan kini dilihat mempunyai hubungat rapat dengan PKC yang bukan sahaja meningkatkan pelaburan di China, bahkan turut membenarkan peningkatan pelaburan oleh PKC di negara terbabit.

China kini telah menjadi rakan perdagangan terbesar Korea Selatan – pasaran eksport dan import. Walaupun sedar tentang kesan penularan COVID-19, kerajaan Korea Selatan memutuskan untuk tidak mengenakan sekatan terhadap pelancong dari China kerana bimbang ia akan merosakkan hubungan dua hala.

Setakat ini, Korea Selatan bersama dengan PKC telah menubuhkan sebanyak 190 bandar yang mesra antara satu sama lain seperti bandar Daegu dan Gyeongsangbuk-do, yang merupakan lokasi terjejas teruk dengan COVID-19.

Sungguhpun hubungan antara Jepun dan China tidaklah begitu erat, namun terdapat banyak syarikat Jepun yang membuat pelaburan di China, secara tidak langsung turut bergantung kepada PKC. bersama-sama mereka telah mempromosikan penubuhan 256 wilayah dan bandar termasuklah Hokkaido, Tokyo dan Aichi yang amat terkesan dengan COVID-19.

Hubungan antara Hong Kong dan Taiwan dengan China agak berbeza jika dibandingkan dengan hubungan antara Korea Selatan dan Jepun dengan PKC. Justeru, ia menjadi penyumbang kepada situasi semasa wabak tersebut di negara masing-masing.

Sungguhpun Hong Kong dan Taiwan mempunyai hubungan ekonomi dan perdagangan yang dekat dengan China namun rakyat di kedua-dua negara terbabit tidak dibutakan oleh kepentingan mereka. Pada tahun 2019, rakyat Hong Kong telah melancarkan pergerakan anti-ekstradisi secara besar-besaran.

Mereka bukan sahaja menyuarakan penentangan terhadap PKC yang mengamalkan keganasan dan perpecahan, bahkan mereka turut mendorong rakyat Taiwan untuk mengenali ‘warna sebenar’ PKC. Mereka juga mengukuhkan keazaman untuk terus menolak PKC.

Semasa menghadapi penularan wabak tersebut, Taiwan misalnya difahamkan tidak mengikut saranan dan telunjuk PKC. Oleh sebab penolakan itulah, Taiwan dan Hong Kong berjaya membendung virus itu dan menjadi model rintangan untuk COVID-19 di peringkat global.

Manakala negara berdekatan lain yang tidak berhubungan rapat dengan China juga tidak mencatatkan jumlah kes COVID-19 yang tinggi. Negara yang dimaksudkan adalah seperti India (56), Rusia (10) dan juga Mongolia (1).

Jika penyebaran virus Wuhan di luar China dengan jelas menunjukkan penyebaran selektif dengan PKC sebagai sasaran, ia lebih kurang sama dengan sejarah tentang ‘wabak pedang’ yang berlaku pada akhir Dinasti Ming.

Menurut rekod sejarah, wabak melanda dan melemahkan tentera dinasti Ming pada ketika itu. Namun ia langsung tidak menjejaskan kesihatan tentera di Raja, tentera Qing dan Wang yang bergerak ke kawasan epidemik.

Kesimpulan : Cara mengelakkan COVID-19

Jika merujuk kepada sejarah lampau, tahun akhir pemerintahan setiap dinasti itu pasti akan disertai dengan wabak dan bencana sehinggalah sesuatu dinasti itu berakhir. Melihat sejarah sebagai panduan, penularan virus COVID-19 di dunia pada hari ini dilihat datang bersama-sama dengan PKC.

Mana-mana negara, bandar, organisasi dan individu yang mempunyai hubungan rapat dengan PKC bakal menjadi sasaran selektif virus berkenaan sekaligus menjadi ‘mangsa’ terhadap kezaliman yang dilakukan PKC selama ini.

Sebagai contoh di China, seorang pesakit yang telah pun pulih difahamkan telah dibohongi dengan propaganda ‘mencuci minda’ PKC. Pesakit berkenaan benar-benar merasakan bahawa penyakitnya telah pun disembuhkan oleh PKC. Lantas, dia bersyukur kepada PKC atas kesembuhan itu. Kesannya, virus tersebut menyerang individu itu semula secara berulang.

COVID-19 umumnya telah tersebar secara meluas dan menyebabkan kematian di seluruh dunia, Maka cara jelas untuk menanganinya adalah berlandaskan kepada sejarah dan realiti, iaitu dengan mengenalpasti punca bencana selain memahami kebenaran tentang PKC. Dengan itu, kita semua akan dapat menjauhkan diri daripada bencana dan penyakit.

Penularan wabak itu, tidak kira sama ada di Iran, Itali, Perancis mahupun Jerman serta negara-negara lain seperti Korea Selatan dan Jepun seharusnya membuka mata dan diambil serius oleh pemimpin kerajaan yang mentadbir negara masing-masing serta individu yang berkuasa di dunia.

Ahli politik misalnya yang menjadi jentera pentadbiran barisan hadapan dan menerajui pemerintahan perlu mengambil kira kesejahteraan setiap rakyat di negara masing-masing melebihi kepentingan hubungan diplomatik semata-mata.

Virus ini masih lagi tersebar dengan pantas tanpa kita sedari. Justeru, tindakan menolak dan menentang ideologi dan propaganda daripada PKC dilihat sebagai satu langkah yang bernas demi menjamin masa depan yang lebih baik.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular