KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengesahkan kes jangkitan sporadik Covid-19 yang pertama di Malaysia melibatkan pesakit yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tiada kontak dengan pesakit dijangkiti virus korona.

Gambar Hiasan/Pixabay

Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 138 sampel untuk Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan 462 sampel untuk penyakit seperti influenza (ILI) telah diuji sehingga Rabu, 11 Mac 2020. Daripada jumlah keseluruhan 600 sampel yang diuji, satu daripadanya didapati positif Covid-19.

“Kementerian Kesihatan sedang menjalankan pengawasan Covid-19 untuk mengesan kes-kes tempatan dan sporadik di Malaysia melalui pesakit ILI dan SARI tanpa sejarah perjalanan ke negara-negara yang terlibat dalam kontak dengan kes-kes Covid-19 yang disahkan”.

“Sehingga 1 Mac, sejumlah 600 sampel telah diuji dan satu sampel didapati positif untuk Covid-19,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Penemuan ini menunjukkan kes virus korona ini telah dikesan secara terpencil dan rawak dalam masyarakat buat pertama kalinya. Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus menjalankan siasatan secara mendalam bagi mengenal pasti punca kes sporadik ini.

Facebook KKM

Sehingga kini, seramai 149 pesakit disahkan positif Covid-19 di mana 26 daripadanya telah pulih dan dibenarkan pulang. Hisham turut menasihati orang ramai agar mengelakkan diri daripada membuat perjalanan ke negara-negara yang sedang dilanda wabak membawa maut itu.

Namun sekiranya anda tidak dapat menangguhkan perjalanan tersebut, anda hendaklah mematuhi langkah-langkah pencegahan ini bagi mengelakkan jangkitan tersebut.

@DGHisham/Twitter

  1. Amalkan kebersihan diri dengan mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau cecair pembasmi kuman secara kerap.
  2. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu setiap kali batuk atau bersin.
  3. Elakkan berada di kawasan tumpuan orang ramai dan jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter dengan orang yang bergejala.
  4. Selepas pulang dari luar negara, dapatkan rawatan dengan kadar segera sekiranya anda mengalami gejala seperti batuk, demam, bersin dan sukar bernafas.

Terdahulu, seorang warga emas berusia 60 tahun didapati positif Covid-19 dan hasil siasatan mendapati pesakit pernah menghadiri perjumpaan ijtimak tabligh yang diadakan di Masjid Seri Petaling.

Dilaporkan perhimpunan berkenaan dihadiri sekitar 10,000 orang dari pelbagai negara di mana separuh daripadanya melibatkan rakyat Malaysia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular