Bhutan dikenali sebagai negara paling bahagia di dunia. Rakyat Bhutan mempunyai cara unik untuk membuat diri berasa aman dan bahagia.

Bermula tahun 1970-an, Kerajaan Bhutan mencadangkan untuk meletakkan indeks kebahagiaan kebangsaan sebelum KDNK. Ini bermakna, berbanding tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi, negara Bhutan lebih memberi tumpuan kepada kebahagiaan dan kegembiraan rakyat.

Baru-baru ini, Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-40.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by His Majesty King Jigme Khesar (@kingjigmekhesar) on

kingjigmekhesar/Instagram

Sempena merayakan hari ulang tahun Raja kesayangan, Perdana Menteri Bhutan, Dr. Lotay Tshering telah meminta rakyat memberi hadiah luar biasa dengan melakukan perkara yang biasa.

Perdana Menteri Lotay Tshering dalam catatannya di laman Facebook telah menyeru rakyat supaya menanam pokok, menyelamatkan anjing jalanan dan mengadopsi haiwan itu serta mengurangkan sampah atau sisa pepejal di kawasan masing-masing, sebagai tanda terima kasih kepada Raja.

PMO Bhutan /Facebook

“Komitmen anda terhadap perkara ini akan menjadi hadiah terbaik buat Yang Mulia,” ujar Perdana Menteri Lotay Tshering di laman Facebook.

Posting berkenaan mendapat perhatian dan sambutan yang amat baik di kalangan rakyat jelata yang kebanyakannya memberi komen akan menyahut seruan itu sebagai pemberian hadiah terbaik buat Raja kesayangan, terutama apabila apabila mereka disaran untuk mengadopsi anjing jalanan.

His Majesty King Jigme Khesar Namgyel Wangchuck/Facebook

“Saya melakukan semua perkara itu setiap hari. Saya memelihara empat ekor anjing jalanan, menanam banyak pokok dan selalu membersihkan kawasan,” komen seorang netizen.

Bhutan memiliki populasi anjing yang sangat besar dan negara itu begitu komited untuk merawat anjing liar yang memenuhi jalanan. Bermula tahun 2009, Bhutan memulakan program kebangsaan untuk mensteril dan menjinakkan anjing liar di seluruh negara dengan bantuan Humane Society International.

Pexels/Gambar Hiasan

Para sukarelawan menggunakan kaedah Catch-Neuter-Vaccinate-Release (CNVR) dengan anjing diberi vaksin, kemudian dilepaskan pada hari yang sama dan di lokasi sama mereka ditemui. Pada tahun lalu, lebih 100,000 anjing liar telah disteril dan diberi vaksin rabies.

Langkah kerajaan Bhutan yang benar-benar mengambil peduli akan indeks kebahagiaan rakyat termasuk haiwan serta penjagaan alam sekitar menerima pujian netizen di seluruh dunia. Tidak hairanlah indeks kebahagiaan kebangsaan negara Bhutan mencapai tahap paling tinggi di dunia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular