KUALA LUMPUR – Wakil sebuah salon yang beroperasi di pusat beli belah, Melawati Mall mengesahkan tentang seorang pelanggannya yang telah didiagnosis positif dengan COVID-19.

Ia didedahkan oleh pihak pengurusan A-Saloon di laman Facebook menerusi akaun rasminya. “Seorang pelanggan berkunjung ke cawangan A-Saloon di Melawati Mall pada 2 Mac dan dipercayai telah disahkan dengan COVID-19”.

A-Saloon/Facebook

Sehubungan dengan itu, operasi cawangan salon berkenaan telah dihentikan serta merta sejurus selepas notis pemberitahuan itu pada 10 Mac 2020.

Buat masa ini, langkah segera sedang diambil dengan kerjasama pasukan operasi Melawati Mall untuk proses kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman salon tersebut beserta dengan peralatan yang digunakan di salon itu.

A-Saloon/Facebook

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pelanggan terbabit dijangkiti ketika berada di salon itu. Namun sebagai langkah keselamatan, staf yang mempunyai kontak dengan pelanggan terbabit telah pun menjalani ujian manakala staf lain telah diasingkan.

Menerusi kenyataan itu, pihak salon berkenaan difahamkan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan untuk mengambil semua langkah pencegahan yang perlu.

Ia termasuklah dengan menghantar kakitangan untuk menjalani pemeriksaan di kemudahan kesihatan yang ditetapkan. “Premis kami di Melawati Mall akan ditutup sehingga semua kebimbangan kuarantin kembali reda”.

Melawati Mall/Facebook

Pihak pengurusan Melawati Mall turut memuat naik kenyataan mengesahkan tentang perkara itu menerusi akaun rasmi Facebook. “Kami telah menjalankan kerja pembersihan dan pembasmian kuman di kawasan umum termasuklah pada lif dan tandas”.

Dalam pada itu, pihak berkuasa kesihatan mengarahkan agar kerja-kerja pembersihan serta nyahkuman dilakukan pada salon berkenaan dan juga kedai yang lain serta tempat-tempat awam disekitarnya.

“Kami juga bersedia untuk mengambil langkah berjaga-jaga tambahan jika dan apabila diperlukan seperti yang digariskan oleh pihak berkuasa kesihatan”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular