ITALI – Kerajaan Itali mengambil tindakan tegas bagi menangani penyebaran wabak COVID-19 dengan memperluaskan langkah-langkah darurat seperti sekatan perjalanan dan larangan mengadakan perhimpunan awam ke seluruh negara.

Vittorio Zunino Celotto/Getty Images

Menurut kenyataan Perdana Menteri Itali iaitu Giuseppe Conte, seluruh penduduk negara berkenaan diarahkan untuk tidak keluar rumah dan sekiranya perlu ke mana-mana, penduduk haruslah meminta kebenaran daripada pihak tertentu. Langkah ini adalah termaktub kepada seluruh 60 juta penduduk Itali dan dijangka akan berterusan sehingga 3 April.

”Kita sedang mengalami peningkatan dalam jangkitan dan juga kematian. Seluruh Itali akan menjadi zon yang dilindungi. Kita semua terpaksa berkorban demi kebaikan Itali. Kita harus lakukannya dengan kadar segera”.

ALBERTO PIZZOLI/AFP via Getty Images

Kerajaan telah mengeluarkan arahan penutupan pawagam, teater, sekolah, universiti dan muzium serta membatalkan perlawanan bola sepak selain meminta peniaga dan pihak restoran supaya memastikan pengunjung menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter di antara satu sama lain. Pada masa yang sama, semua restoran dan bar di Itali juga hanya boleh beroperasi sehingga jam 6 petang sahaja. Bagaimanapun, pengangkutan awam akan terus beroperasi di seluruh Itali seperti biasa.

MARCO SABADIN/AFP via Getty Images

Jelas Giuseppe lagi, pelaksanaan langkah darurat ini adalah demi melindungi pihak-pihak yang berisiko memandangkan jumlah individu yang disahkan dijangkiti dengan virus COVID-19 telah mencecah sehingga 9,176 orang. Sementara itu, jumlah kematian di Itali yang berpunca daripada penularan wabak COVID-19 telah meningkat kepada 463 orang. Hal ini sekali gus menjadikan Itali sebagai salah sebuah negara yang paling teruk terkesan oleh virus membawa maut berkenaan selain dari China.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular