Haiwan domestik seperti kucing, anjing, arnab, hamster dan pelbagai lagi sangat terkenal dengan kejinakannya apabila berinteraksi dengan manusia. Maka tidak hairanlah ia sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Walaupun jarang namun ada sahaja individu yang lebih gemarkan haiwan liar seperti ular, iguana, spesies monyet, bahkan singa dan harimau! Seperti yang kita tahu, haiwan liar bersifat agak melindungi terutamanya jika melibatkan anak mereka.

Gambar hiasan/Pixabay

Namun tidak bagi ibu koala ini yang tidak rasa tergugat atau terancam langsung dengan kehadiran manusia. Anaknya pula yang pada mulanya memanjat belakang tubuh ibunya, dengan santai beralih pula ke tangan lelaki terbabit.

Ini agak berlawanan dengan fitrah koala, memandangkan koala sebenarnya merupakan makhluk yang mempunyai ikatan istimewa antara ibu dan anak. Mereka tidak begitu ‘mesra’ dengan manusia mahupun haiwan lain.

Insiden luar biasa di Adelaide, Australia tersebut berjaya dirakamkan oleh seorang wanita berusia 40 tahun, Meagan Pfitzner yang pada ketika itu sedang bersiar-siar bersama anak lelakinya di luar rumah.

Tanpa disangka-sangka, mereka kemudian terserempak dengan ibu koala dan anaknya itu sedang minum air daripada sungai yang mengalir berdekatan.

Meagan Pfitzner/YouTube

Anak Meagan yang sememangnya merupakan seorang pencinta haiwan itu kemudian menghampiri mereka, dengan ‘menawarkan’ daun Eucalyptus kepada mereka. Mengejutkan apabila dia mendapati bahawa kedua-dua koala tersebut langsung tidak takut.

Meagan Pfitzner/YouTube

Lebih memeranjatkan mereka lagi adalah apabila anak koala terbabit bertindak memanjat lengan anak lelaki Meagan. “Kami susah mahu percaya. Kami sangat kagum koala tersebut mempercayai dan berasa selesa dengan kami”, kata Meagan.

Selepas beberapa ketika, anak Meagan kemudian meletakkan semula anak koala berkenaan di atas tubuh ibunya. Namun anak koala comel tersebut begitu sukakan ‘rakan barunya’ sehingga enggan untuk melepaskan pautan.

“Saya rasa anak koala tersebut tidak mahu meninggalkan kami berdua. Semenjak daripada itu, saya kerap lihat keluar daripada tingkap. Mana tahu, koala berkenaan akan datang semula. Ia merupakan satu pengalaman yang menakjubkan”, akhiri Meagan.

Interaksi sebegini ternyata sukar untuk dipercayai. Sememangnya Meagan dan anak lelakinya itu sangat bertuah kerana berpeluang untuk berinteraksi dengan koala. Pengalaman mereka amatlah berharga! Lihat video penuh di sini :

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular