FUJIAN- Sebuah hotel yang digunakan untuk kuarantin dilaporkan telah runtuh sehingga menyebabkan 70 orang terperangkap.
Kejadian yang berlaku di bandar Quanzhou Fujian, China, pada Sabtu lalu dikatakan telah berlaku pada sekitar 7.30 malam waktu tempatan. Keesokannya harinya, pihak penyelamat dikatakan telah berjaya membawa keluar 47 orang mangsa termasuk seorang kanak-kanak yang cedera parah.
Pasukan penyelamat menegaskan bahawa struktur hotel yang kompleks membuatkan kerja-kerja menyelamat agak sukar untuk dilakukan.
Hotel tersebut juga dikatakan sedang berada dalam proses pengubahsuaian pada tingkat bawahnya ketika runtuhan berlaku dan pemilik bangunan tersebut telah dipanggil polis untuk membantu siasatan.
Berikutan kejadian tersebut, kira-kira 848 orang anggota bomba bersama 169 jentera dari daerah Fujian telah dikejarkan ke tempat kejadian.
Tidak hanya itu, kakitangan perubatan juga dikerahkan ke lokasi kejadian dan kerja-kerja menyelamat juga disertai oleh 11 pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta tujuh ekor anjing pengesan.
Di samping itu, difahamkan bahawa hotel tersebut mula dibuka pada bulan Jun 2018 dan mempunyai 7 tingkat dan 80 buah bilik.
Selepas wabak itu, kerajaan telah menjadikan hotel tersebut sebagai pusat kuarantin dan ketika kejadian berlaku kakitangan Biro Kesihatan memberitahu bahawa jumlah sebenar mereka yang ada di situ masih tidak dapat dipastikan.
Di samping itu, kawalan tapak yang ketat dan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan dan kawalan epidemik perlu dilaksanakan. Pemeriksaan keselamatan di sekitar bangunan, jalan raya dan saluran paip harus dijalankan.
Ramai yang mendesak supaya siasatan dilakukan secepat mungkin untuk mengetahui punca sebenar kejadian tersebut seterusnya untuk mengambil tindakan kepada pihak yang bertanggungjawab.
Maybe you're interested :
- Lelaki hampir maut mendapat jangkitan paru-paru selepas memecahkan jerawat di bahagian bawah bibirnya
- Dakwa Parti Komunis China secara paksa ambil organ komuniti Uighur, aktivis desak siasatan dilakukan
- Aktivis hak asasi manusia United Kingdom mendedahkan bahawa Kedutaan Besar China di Britain berulang kali cuba untuk mendiamkannya