Jika anda membela anjing di rumah, pasti anda perasan akan tahap tenaga mereka bukan? Menurut pakar, anjing yang bosan adalah merupakan anjing yang ‘nakal’, di mana mereka cenderung untuk mencari rangsangan mental dan fizikal.

Baru-baru ini di laman Facebook, seorang pengguna yang menggunakan nama akaun Sumi Ong ada memuat naik satu rakaman video yang menunjukkan seekor anjing aktif yang berinteraksi dengan tuannya.

Sumi Ong/Facebook

Menurut Sumi, pemilik anjing tersebut sebenarnya tidak mahu anjing belaannya itu berasa bosan berada di rumah setiap hari tanpa melakukan sebarang aktiviti bersama.

Justeru, dia kemudian memutuskan untuk melakukan latihan berlawan dengan anjingnya menggunakan beberapa jenis objek yang berbeza.

Berdasarkan video tersebut, kita dapat saksikan wanita itu pada mulanya menggunakan rod sederhana panjang untuk berlatih berlawan dengan anjing berkenaan.

Kemudian selepas itu wanita tersebut dilihat meluangkan masa ‘berlawan’ dengan anjingnya sambil memakai sarung tangan tinju. Nasib baik tidak kena!

Sumi Ong/Facebook

Selain daripada itu, wanita berkenaan turut menggunakan kipas tangan di kedua-dua tangannya. Gigih betul anjing itu melawan, berbekalkan hanya tenaganya sahaja.

Sehingga kini, video berdurasi 46 saat tersebut menerima lebih kurang 159,000 tontonan daripada pengguna Facebook.

Anjing sebenarnya mula membuat ‘perangai’ jika keperluan mereka untuk melakukan senaman, disiplin dan perhatian tidak dipenuhi oleh pemilik mereka, memandangkan tiada aktiviti yang mampu ‘meletihkan’ mereka.

Itulah sebab penting mengapa kita seharusnya mengetahui terlebih dahulu tahap tenaga kita sendiri sebelum mengenalpasti dan memilih jenis anjing yang bersesuaian dengan gaya hidup kita untuk dibela.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular