Pernahkah anda mendengar nama burung parrot yang comel tetapi dikaitkan dengan Dracula, puntianak dongengan penghisap darah manusia itu?

Namun tidak seperti Dracula, burung dengan rupanya yang gerun ini hanya gemar memakan buah-buahan dan bunga.

Spesies burung Parrot Pesquet, juga dikenali sebagai Dracula Parrot atau burung nuri vultur, adalah burung endemik yang mendiami kawasan bukit dan pergunungan hutan hujan tropika di New Guinea. 

Dengan bulu hitam campuran warna merah menyala bersama penampilan yang megah, garang dan cantik, burung Dracula Parrot benar-benar kelihatan luar biasa sehingga memukau pandangan penggemar unggas.

Burung yang juga dikenali dengan nama saintifik ‘Psittrichas Fulgidus’ adalah paling unik dalam spesies parrot dengan panjang keseluruhan kira-kira 46 sentimeter dan berat kebiasaan sekitar 680 hingga 800 gram.

Walaupun nama dan rupa burung ini seperti burung vultur karnivor yang menggerunkan, Dracula Parrot sebenarnya hanya makan secara eksklusif dengan menjamah buah ara atau buah-buahan lain serta kadangkala bunga, dalam diet khususnya. 

YouTube

Dracula Parrot merupakan salah satu spesies burung terancam di dunia dan burung ini ditakrifkan sebagai spesies haiwan terancam dan dilindungi dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN (International Union for Conservation of Nature).

Burung Dracula Parrot menghasilkan suara agak aneh yang sering digambarkan seperti campuran bunyi serak dan getaran.

 

View this post on Instagram

 

Dracula parrot is scary and beautiful all at once. #draculaparrot #dracula #parrots

A post shared by karim alainy (@karimalainy) on

karimalainy/Instagram

Oleh kerana penampilan menarik warna merah menyala cerah pada bulunya, burung Dracula Parrot sering menjadi sasaran pemburu haram yang mana telah menyebabkan populasi spesies burung ini semakin terancam dan berkurangan menuju kepupusan.

Tonton video di bawah :

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular