Tauhu dihasilkan daripada ekstrak soya dan juga mineral garam, di mana ia kaya dengan zat besi, kalsium dan juga rendah kalori.

Mungkin ramai di antara kita kekeringan idea untuk memasak tauhu, bukan? Selain daripada tauhu bergedil yang agak tular kebelakangan ini, anda juga boleh membuat tauhu berlauk seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Norishah Nordin.

Norishah Nordin/Facebook

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 4 keping tauhu
  • 2 biji telur
  • 2 bungkus tauhu Jepun atau tauhu telur
  • Daging kisar (Boleh digoreng terlebih dahulu ikut citarasa)
  • 2 biji telur
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Daun sup (dihiris halus)
  • Daun bawang (dihiris halus)
  • Cili merah (dihiris halus)
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Serbuk perasa

Caranya :

  1. Kisarkan kesemua tauhu, tauhu Jepun dan telur terlebih dahulu. Kemudian campurkan daun sup, daun bawang, lobak merah dan cili

Norishah Nordin/Facebook

2. Masukkan daging kisar, diikuti dengan serbuk perasa, garam, serbuk lada sulah dan lada hitam. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan. Kukus selama 20-30 minit

 

Norishah Nordin/Facebook

3. Keluarkan daripada pengukus dan biarkan sementara. Boleh disejuk bekukan atau boleh terus digoreng.

Norishah Nordin/Facebook

4. Jika mahu menggoreng, celup dahulu tauhu ke dalam telur sebelum menggorengnya.

Norishah Nordin/Facebook

Ianya sudah siap untuk dinikmati. Terpulang kepada anda mahu mencicahnya ataupun tidak. Namun Norishah sekeluarga gemar mencicahnya dengan sambal kicap Johor. Berikut merupakan bahan-bahannya :

  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Gula
  • Kicap

Norishah Nordin/Facebook

Caranya, anda hanya perlu tumbuk cili padi, bawang putih dan gula. Kemudian barulah gaulkan dengan kicap. Tauhu berlauk dan sambal kicap sudah sedia untuk dinikmati!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular