ROM – Itali melaporkan angka korban dan kes jangkitan COVID-19 tertinggi di Eropah dan kedua tertinggi di dunia selepas kes kematian akibat wabak itu melonjak pada hari Ahad, 8 Mac 2020 mengatasi Korea Selatan.

Itali kini disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara dengan jumlah kematian dan kes jangkitan tertinggi di luar China yang dicatatkan.

Jumlah kematian di Itali meningkat kepada 366 kes, tiga kali ganda berbanding 133 kematian yang dilaporkan sebelum ini, dengan jumlah jangkitan dari 1,492 kes kepada 7,375 kes iaitu jumlah rekod tertinggi yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Kementerian Kesihatan Malaysia/ Facebook

Penularan wabak COVID-19 kini telah mengorbankan 3,803 atau lebih orang dan menjangkiti lebih 109,795 orang di 104 buah negara.

Setakat ini, kira-kira 16 juta orang atau suku daripada penduduk Itali di beberapa bandar dan wilayah terjejas teruk telah dikenakan larangan perjalanan serta menjalani kuarantin.

YouTube/Gambar Hiasan

Langkah-langkah keselamatan telah dikeluarkan oleh kerajaan Itali yang berkuat kuasa sehingga 3 April, melarang orang ramai daripada memasuki atau keluar daripada beberapa kawasan di utara Itali yang paling teruk terjejas.

Perintah berkurung itu bagaimanapun membenarkan mereka yang berada di dalam kawasan terjejas untuk pulang ke tempat asal masing-masing termasuk para pelancong.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL KESIHATAN

Video Popular