Kasih ibu membawa ke syurga dan ianya tidak hanya berkisarkan manusia sahaja, bahkan naluri keibuan turut dirasai oleh haiwan.

Ini kerana haiwan juga memiliki naluri yang mendorong mereka untuk bertindak balas terhadap keselamatan dan keperluan anak-anak.

Konsepnya sama sahaja, para ibu tidak kiralah manusia mahupun haiwan pasti akan meletakkan kepentingan anak-anak melebihi diri sendiri. Itu dapat dibuktikan menerusi satu video yang dirakamkan di Big Bear Lake, California.

Mother Earth/Facebook

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Mother Earth di laman Facebook berkenaan, kita dapat lihat seekor ibu helang daripada baka Bald Head mengeram dua biji telurnya.

Ia merupakan sesuatu yang luar biasa memandangkan pokok yang menjadi sarang ibu helang bersama telurnya itu adalah berketinggian 120 kaki, di mana agak sukar untuk dilihat oleh manusia dengan mata kasar.

Walaupun dalam cuaca yang sejuk dan bersalji, si ibu yang dikenali dengan panggilan Jackie dilihat mengeram telur atau seperti ‘membaluti’ dua biji telurnya sehinggalah ia akhirnya menetas.

Mother Earth/Facebook

Difahamkan Jackie bergilir-gilir mengeram bersama Shadow, seekor burung helang jantan daripada spesies yang sama iaitu bapa kepada anak-anak mereka.

Oleh kerana sarang mereka berada berdekatan dengan tasik maka agak mudah untuk si ibu mencari makanan seperti ikan untuk diberikan kepada anak-anaknya yang baharu sahaja menetas.

Pada minit ke 1:59 kita dapat lihat burung helang tersebut membawa seekor ikan ke sarangnya, di mana isi ikan tersebut kemudiannya dicarik-carik untuk disuapkan ke dua ekor anak helang berkenaan.

Mother Earth/Facebook

Menurut sumber, helang baka Bald Head akan bermigrasi ke Big Bear Lake dan juga kawasan berhampiran San Bernardino National Forest sebelum kembali ke habitat asal di bahagian Utara. Namun hanya Jackie dan Shadow sahaja yang difahamkan kekal berada di sana.

Menakjubkan! Selain daripada helang, penguin Emperor juga bersifat sangat melindungi telurnya. Sesudah bertelur, si ibu akan meninggalkannya untuk dijaga oleh bapa. Si ibu akan bergerak sejauh 50 batu untuk menangkap ikan sebelum pulang ke lokasi telur mereka.

Gambar hiasan/Pixabay

Si ibu kemudian akan mengagihkan makanan yang dibawanya daripada laut untuk anak-anaknya. Berbekalkan haba daripada tubuhnya, maka dapatlah si ibu menghangatkan tubuh anak-anak kesayangannya itu. Ternyata, kasih ibu melebihi segala-galanya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular